in , ,

Isu Dakwaan Fitnah, Hans Isaac Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Eizlan Yusof

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung dakwaan menyebarkan kenyataan menerusi kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 16 November lalu.

Bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac memohon maaf kepada Datuk Seri Eizlan susulan dakwaan mengaitkan Eizlan yang juga Ahli Perbadanan Finas terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Semalam, Eizlan yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS mengambil tindakan undang-undang ke atas Hans berhubung dakwaan tidak berasas pada 16 November lalu. Menerusi peguam cara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co, Eizlan kesal atas kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dan menjatuhkan nama serta reputasinya.

“Untuk makluman, saya menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp PFM. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima Dana Kandungan Digital 2020 daripada FINAS.

“Ini termasuklah syarikat Excellent Pictures Sdn Bhd. Bagaimanapun, saya mengakui membuat kesilapan dengan mengaitkan Eizlan dan Excellent Pictures.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, petang ini.

Hans berkata, beliau bersiap sedia untuk merakamkan pembetulan berserta permohonan maaf kepada Eizlan, semalam.

“Sebaik sahaja saya menyedari kesilapan ini, saya nak mohon maaf. Tetapi, belum sempat berbuat demikian, saya dimaklumkan Eizlan sudah menghantar surat peguam kepada saya,” katanya.

Hans berkata, dia sudah menghubungi Eizlan melalui peguam caranya untuk mengeluarkan kenyataan pembetulan berhubung kesilapan itu.

“Saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang tidak disengajakan. 

“Saya berharap kita dapat buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga kita dapat terus memajukan industri perfileman negara bersama,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pilih Judul Filem BABI, Ada Sebab Poster Filem Baharu Namewee Cetus Kontroversi

Sebak Baca Kisah Amran, Ebit Lew Beli Motosikal Baharu