in

Irwansyah dan Isteri Mungkin Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah

Penyanyi Terkenal Irwansyah dan Isteri Mungkin Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah

Ini pula berita yang dikemaskini susulan dari penangkapan selebriti Indonesia terkenal, Irwansyah yang ditangkap berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad lalu. Kemungkinan besar Irwansyah dan isterinya akan dibebaskan. Ikuti berita ini yang Budiey petik dari portal inilah.com

Penyanyi dan pelakon Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar mungkin bernasib baik apabila ujian urin yang dilakukan ke atas mereka didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.

Irwansyah dan Isteri

Perkara itu disahkan oleh ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty yang telah diberitahu oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) kepadanya berhubung perkara itu.

“Alhamdulillahlah… pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah.”


Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.

Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.

Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.

Sementara itu Fanny berkata, kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa. – inilah.com

Sementara itu, Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia tak menolak kemungkinan besar penganjuran pesta dadah di rumah Raffi Ahmad malam minggu lalu didalangi sindiket. BNN sehingga hari ini masih belum mendedahkan identiti lima daripada 17 orang yang ditahan di rumah pengacara program hiburan terkenal itu.

Selain Raffi, tiga artis lain yang kini sedang disiasat BNN ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar serta Wanda Hamidah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Kumpulan Max 24:7 Keluar Dari Pengurusan Aesar Mustaffa

Animasi ASK LARA Tercalon di International Emmy Kids Awards