in ,

Ippo Hafiz Selamat Bergelar Suami Kepada Fara Roslan dengan Sekali Lafaz

Tahniah dan selamat pengantin baru buat penyanyi popular Raja Lagu Runut, Ippo Hafiz selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz bersama wanita pilihan, Fara Roslan, sekitar jam 9.22 malam tadi.

Hujan mengiringi majlis pernikahan penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz, 30, dengan wanita pilihannya, Norfarahin Mohd Roslan, 31, di sebuah villa di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 9.22 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah dengan sekali lafaz.

Ippo hafiz

Pada majlis itu, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz menyerahkan mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 beserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.

Simple Tapi Sweet! Ini Sekitar Akad Nikah Ippo Hafiz & Fara Roslan

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar.

Maka, bermula sudah fasa baru dalam hidup kami selain tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami dan isteri.

“Macam orang lain juga, hari ini saya berasa cukup gementar dan dalam masa sama teruja. Mungkin sebab pengalaman pertama.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan majlis pernikahan kami ini.

Doakan yang terbaik buat kami semoga perkahwinan ini dirahmati dan kekal hingga ke jannah,”

– Ippo Hafiz
Ippo hafiz

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu memilih batik sebagai tema majlis.

Turut hadir penyanyi Sissy Iman, Sarah Suhairi, pelakon, Shahrizal Jaszle dan isteri, Rohana Jalil serta ramai lagi.

Ippo hafiz

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan esok dan sebelah pihak lelaki pada 31 Ogos ini.

Ippo hafiz

Terdahulu, Ippo yang juga komposer lagu tema bagi beberapa drama popular di TV3 menghantar rombongan merisik pada 10 Mac lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah hari ini.

Ippo hafiz

Kredit: Harian Metro

Gambar: IG Ippo Hafiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kantoi Diet, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20Dayschallenge

Sekitar Rizman Ruzaini x HP di KLFW 2019