in , , ,

iPhone 13 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Takuk Lebih Nipis

Apple dijangka akan hadir dengan rekaan takuk yang lebih kecil pada iPhone 13 akan datang, tetapi mengekalkan ciri Face ID bersama-sama dengannya.

Pada hari ini, iPhone menyertakan rekaan takuk yang sedikit besar, kerana menyertakan integrasi komponen inframerah untuk Face ID, selain turut menyertakan komponen speaker antaranya. Beberapa komponen telah pun diperkecilkan pada iPhone 12, tetapi rekaan takuk kekal besar seperti sebelum ini.

Disamping itu, iPhone 13 mungkin membawakan rekaan sedikit tebal berbanding pada hari ini – untuk memuatkan pelbagai komponen ini. Apple dijangka turut akan membuat sedikit perubahan pada kedudukan speaker dalam menjadikan takuk yang lebih nipis.

Buat masa ini, ia hanya sekadar laporan awal daripada penganalisa. Sama-sama kita nantikan perkembangan lain berkenaan iPhone 13 yang dijangka diperkenalkan sekitar September atau Oktober 2021 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar Jual Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri di Usia 24 Tahun!

“Harap Suatu Hari Nanti, Ebit Lew Ada Hospital Sendiri..” – Fedtri Yahya