in , , ,

iPhone 12 Adalah Telefon 5G Paling Laris Dijual Untuk Pasaran Global

Menurut laporan dari Counterpoint, iPhone 12 merupakan telefon 5G paling laris dijual untuk pasaran global pada Oktober lalu, walaupun pelancarannya ditangguhkan dan hanya menghasilkan penjualan selama dua minggu pada bulan tersebut.

Syarikat itu juga telah mengasingkan jualan bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang memperlihatkan iPhone 12 menguasai 16% daripada jumlah pasaran global. Sementara itu, iPhone 12 Pro mencapai 8% daripada jumlah berkenaan. Ini bermakna, jumlah keseluruhan penjualan siri iPhone 12 bagi bulan Oktober adalah sebanyak 24% daripada pasaran global.

Dalam pada itu, Counterpoint turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong penjualan yang tinggi bagi siri iPhone 12.

iPhone 12 Adalah Telefon 5G Paling Laris Dijual Untuk Pasaran Global

Pertama, terdapat permintaan yang tinggi bagi naik taraf 5G, terutama yang berasaskan iOS, di mana ia kemudiannya menghasilkan jualan. Ini juga disebabkan promosi yang meluas daripada penyedia perkhidmatan, terutamanya di Amerika Syarikat, yang menyumbang lebih satu pertiga daripada penjualan siri iPhone 12 untuk bulan tersebut.

China dan Jepun turut menyaksikan permintaan awal yang tinggi untuk siri iPhone 12. Berbanding dengan kebanyakan model 5G lain, iPhone 12 mempunyai liputan pasaran yang lebih luas dan tersedia di lebih 140 negara, sehingga membantu penjualan.

iPhone 12 Adalah Telefon 5G Paling Laris Dijual Untuk Pasaran Global

Selain itu, sokongan mmWave yang dimuatkan pada siri iPhone 12 adalah antara faktor peningkatan penjualan. Di A.S, semua model iPhone 12 mempunyai sokongan mmWave. Dengan adanya rangkaian dan peranti mmWave, ini akan menjadi asas yang kuat bagi Apple untuk memanfaatkan kekuatan mmWave dalam segmen seperti AR / VR.

Seterusnya, permintaan siri iPhone 12 dijangka akan kekal kukuh sehingga suku keempat 2020, terutamanya ketika musim perayaan pada Disember ini. Jualan yang kukuh juga akan mendorong peningkatan jumlah penjualan bagi segmen premium.

Berikutan pelancaran yang dilewatkan, beberapa jualan telah direkodkan ke bulan-bulan berikutnya dan momentum penjualan ini dijangka akan kekal kukuh sehingga awal 2021.

*Sumber: Counterpoint

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berikut Senarai Filem Animasi Tempatan Paling Ditunggu-Tunggu di Tahun 2021

Dituduh Murtad, Ini Kronologi Sebenar Perkahwinan Illi Najwa Bersama Manpreet Singh