in ,

Intan Najuwa Mengesahkan Gambar Lelaki dalam Instagram Adalah Bekas Tunang

“KALAU ada jodoh, adalah,” kata pelakon popular, Intan Najuwa sekali gus mengesahkan gambar lelaki yang dimuat naik di Instagram, kelmarin adalah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.

Intan, 23, berkata, selepas putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik. Intan yang popular menerusi drama Setelah Ku Dimiliki turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.

“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa. Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.

“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.

“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,”

– Intan Najuwa melalui Harian Metro
Gambar Intan Najuwa Lentok di Bahu Razrul, Netizen Syak Tak Jadi Putus Tunang

Intan yang kini menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3 memohon doa yang terbaik buat mereka.

“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka. Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya.

– Intan Najuwa melalui Harian Metro

Sebelum ini Harian Metro melaporkan Intan mengesahkan dia putus tunang dengan pasangannya selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.

Menerusi kenyataan itu, Intan enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Creators Show & Tell in Generasi YouTube’s ‘Toy Creators, Assemble!’

Risteena Munim & Isa Khan dalam Drama Bersiri BULAN DI KOTA LANGIT