in , , ,

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja

Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti, Harris Alif, 22, dan Intan Ladyana, 38, selamat diijabkabul sekitar pukul 10.00 pagi tadi di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis yang dijalankan di bawah SOP ketat itu dihadiri oleh 14 orang yang terdiri daripada keluarga terdekat.

Selama setahun menjalinkan hubungan cinta, akhirnya pasangan selebriti Intan Ladyana, berusia 38 tahun dan Harris Alif berusia 21 tahun selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Acara akad nikah Intan Ladyana atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya dan Harris Alif disempurnakan oleh Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali. Acara tersebut turut dihadiri oleh Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja

Pada majlis pagi tadi, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang. Namun, majlis resepsi terpaksa ditangguhkan dulu buat masa ini.

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harris berasa lega walaupun terpaksa dilakukan sehari awal dan pada masa yang sama, kini beliau sudah bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Intan Ladyana.

Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa bersyukur apabila acara pernikahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

“Saya akui agak gementar ketika mahu mulakan akad nikah, tetapi Alhamdulillah, selepas sekali lafaz, saya berasa lega.

“Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,”

“Saya hanya ingin menikmati momen hari ini dengan gembira, tidak mahu kusutkan fikiran dengan perkara lain.

“Pada masa yang sama, saya terus sedar akan tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami, dan Insya-Allah sebagai bapa suatu hari nanti,”

Ekoran itu juga, majlis resepsi mereka ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai kelak. Pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

“Sebelum ini kami tidaklah tertekan untuk merancang, cuma agak susah untuk memilih tarikh untuk resepsi, jadi kami tangguh dahulu resepsi ke masa yang lebih sesuai nanti,”

“Buat masa sekarang semuanya kena tangguh dulu. Nak letak tarikh pada kad jemputan pun masih teragak-agak. Apa pun tunggu semuanya reda dulu. Insya-Allah kalau ada rezeki,”

Sidang media virtual diadakan oleh Sony Music Malaysia sejurus selepas akad nikah sekembalinya pasangan ini di hotel.

Sama seperti suaminya, Intan bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan baik, walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui akibat COVID-19.

“Bagi kami, paling utama melakukan apa yang wajib terlebih dahulu. Tidak dinafikan, segala-galanya menjadi sukar dan kami tidak boleh membuat perancangan beriya-iya dalam keadaan COVID-19.

“Apa pun, saya bersyukur semuanya berlangsung dengan lancar hari ini,”

Intan Ladyana tidak menjangka majlis pernikahan mereka berlangsung dalam keadaan cepat.

“Disebabkan keadaan semasa yang tidak menentu, agak susah nak buat perancangan. Jadi, jalan terbaik adalah dahulukan majlis nikah kerana ini yang penting. 

“Apabila jurunikah sebut sudah sah, saya terus terasa seperti, sudah selesai kah? Cepat betul rasanya. Selama ini saya berfikir ia ambil masa yang lama. Alhamdulillah, ia lancar dan dipermudahkan,”

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja
Kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulangtahun kelahiran Intan.

Sementara itu, Intan berkongsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Menerusi pengumuman itu juga, Harris mendedahkan telah merisik Intan pada Julai 2020.

Perbezaan usia selama 17 tahun tidak menjadi penghalang kepada juara Idola Kecil musim ketiga itu untuk menerima Intan sebagai pasangan hidup.

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja

Mulanya memilih 6 Februari 2021 sebagai hari bahagia mereka, pasangan ini bagaimanapun memutuskan untuk menganjak tarikh sehari lebih awal daripada perancangan awal. Ia tidak lain disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung pada ketika ini.

Namun begitu, agenda pernikahan mereka tetap berjalan lancar seperti dirancang memandangkan perubahan tarikh itu sudah dimaklumkan kepada semua pihak terbabit. Semestinya, Harris dan Intan menarik nafas lega dapat dipersatukan secepat mungkin dalam tempoh PKP ini.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision. Mendapat sentuhan tatarias daripada Ian Sham dan Aqmal Adly, keduanya tidak lekang mengukir senyuman bahagia apabila akhirnya mahligai cinta diidamkan termakbul dan berakhir ke jenjang pelamin.

Untuk majlis bahagia pasangan ini, Harris dan Intan turut ditaja Four Points by Sheraton sebagai lokasi persiapan nikah, Bella Hudd (Penata Gaya Hijab), Cempaka Inai (Artis Inai), Fillea Studio (Fotografi dan Videografi), Haeja Budiman (Bunga Tangan), manakala Hantaran by Ally menyediakan dulang hantaran.

Pada 5 Januari lalu, pasangan ini mengumumkan berita gembira bakal disatukan dan bernikah selepas mula menyulam cinta sejak Mac tahun lalu. Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja

Hubungan antara Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi bersama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya mula dihidu media apabila Harris berkongsi foto berpakaian sedondon pada hari raya kedua, tahun lalu menerusi laman Instagram. Malah, Harris dilihat cukup berani seakan mahu memberi bayangan mengenai hubungan istimewa dengan Intan apabila meletakkan keterangan gambar yang bertulis ‘second raya with love’. 

Mei tahun lalu, Harris membuat pengakuan mengenai hubungan istimewa dengan Intan yang mula dikenali sejak 10 tahun lalu, namun hubungan hanya mula akrab pada Februari, tahun lalu. 

Pada 5 Disember lalu, Harris memuat naik sekeping gambar yang menunjukkannya memberikan sebentuk cincin kepada wanita dipercayai kekasihnya.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mendedahkan majlis merisik Intan sudah dibuat pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan. Bagaimanapun, majlis itu dirahsiakan dan dengan pengumuman terbabit, maka terjawablah teka-teki mengenai status hubungan mereka ke fasa yang seterusnya.

Sementara, Intan berkongsi dari awal perkenalan, memang segalanya dipermudahkan buat mereka. Paling penting, keluarga kedua belah pihak pun sangat positif dan merestui hubungan mereka. Justeru, dia yakin mereka berada di landasan yang betul dan soal Harris masih terlalu muda menurutnya bukan isu besar.

Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja
Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja
Intan Ladyana Kini Sah Isteri Harris Alif, Akad Nikah di Jawi Disaksikan 14 Tetamu Sahaja

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TTONTHEMOVE Lupakan Sengketa, Pertaruh Muzik Trap-Kapak Melalui Single ROY

Akim Ahmad Bengang Model Vietnam Dakwa Babak Lakonan Dibuang Kerana Stacy Cemburu