in ,

Instagram Suria Malaysia Yang Digodam Sudah Dikembalikan

Stesen radio Suria FM memaklumkan bahawa akaun media sosial Instagram milik mereka, @suriamalaysia yang digodam pada Jun lalu kembali aktif bermula pada 13 Julai ini.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, akaun Instagram itu berjaya diperoleh kembali setelah hampir sebulan berusaha.

“Walaupun kebanyakan ‘posting’ didapati telah dipadam, namun jumlah pengikut Instagram Suria Malaysia tidak berubah banyak.

Kejadian akaun media sosial digodam ini sedikit sebanyak telah menjejaskan beberapa kerjasama yang dirancang untuk tahun 2020,”

– DJ Lin
WhatsApp Image 2020-07-13 at 9.27.24 AM
Instagram Suria Malaysia Yang Digodam Sudah Dikembalikan

Kembali dilancarkan bermula hari ini, pihak Suria akan terus mengemaskini akaun tersebut dengan maklumat dan perkembangan terkini untuk pengikut setia Suria FM di Instagram.

Suria juga berterima kasih kepada pengikut yang kekal mendengarkan Suria dan menggunakan platform media sosial Suria FM yang lain semasa kejadian ini.

Dalam masa terdekat juga, Suria akan memberikan pelbagai hadiah menarik menerusi platform Instagram @suriamalaysia kepada pengikut lama dan baru.

Untuk info lanjut, dengarkan Suria FM di frekuensi seluruh Semenanjung Malaysia dan laman web suria.my.

WhatsApp Image 2020-07-13 at 11.12.56 AM
Instagram Suria Malaysia Yang Digodam Sudah Dikembalikan

Dengarkan juga Suria melalui aplikasi Suria FM yang boleh dimuat turun di Google Playstore dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single TAK ADA YANG TAK BISA Gabung Artis Malaysia & Indonesia

Respon Erra Fazira Tentang Perceraian Laudya Cynthia Bella & Engku Emran