in

Insiden Pencemaran Bau, Tujuh Daerah Alami Gangguan Bekalan Air

Tujuh daerah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor tengah hari tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan media berkata, kawasan yang terlibat adalah wilayah Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas selepas berlaku pencemaran baru yang dikesan berlaku di Sungai Selangor,” kata kenyataan itu.

LUAS berkata, pencemaran bau yang dikesan itu seakan-akan bahan kimia pelarut.

“LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 henti beroperasi sejak pukul 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi,” katanya

Awal September lalu, sebanyak 1,292 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Personaliti Perniagaan Malaysia Menyerlah Dalam Era Covid-19

Crystal Bach Wins ‘Best River Ship’ in Porthole Readers’ Choice Awards