in ,

Ini Senarai Drama & Telemovie Khas Deepavali 2020 Yang Bakal Ditayangkan di RTM

Telemovie antara program yang menjadi pilihan ramai dalam meraikan apa-apa juga sambutan perayaan dalam negara kita. Tambahan pula dalam telemovie penonton dapat mengambil iktibar dan pengajaran di sebalik perjalanan watak-watak dan jalan cerita disampaikan secara santai.

Tak kerkecuali dalam kemeriahan sambutan Hari Deepavali yang disambut 14 November ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan empat telemovie khas mengangkat semangat kekeluargaan, kasih sayang, dan pengorbanan dalam meraikan hari istimewa bagi penganut Hindu ini.  

Menemui penonton sepanjang hari pada 14 November ini, ia bermula dengan tayangan telemovie terbitan Unit Drama TV RTM. RTM pastinya berbangga dapat menerbitkan drama berbahasa Tamil yang diberi tajuk “Vazhi”pukul 1.30 tengah hari di TV1.

Vazhi yang bermaksud arah atau jalan dalam bahasa Tamil membawa kisah lelaki bernama Siva terpaksa mengajar isterinya, Kamini memandu kerana dia tidak dapat pulang ke kampung atas urusan kerja. Pelbagai kejadian berlaku semasa proses belajar memandu. Bolehkah Kamini memandu? Pelakon utama Aghonderan, dan Ratna Gowri.

Diikuti telemovie dengan tajuk “Deepa & Vali”, pukul 3.05 petang mengisi slot Memori di TV1 menyorot cerita kerinduan Rajaram pada anak perempuannya, Deepa yang terpisah sejak 15 tahun lalu tidak pernah padam. Ingatan terhadap anaknya semakin kuat menjelang sambutan Deepavali. Berjayakah Rajaram menemui Deepa semula? Pelakon: Denes Kumar, Sangeetha, Accapan, dan Ramasundram.

Untukmu Amma

Slot Panggung RTM di TV1 pula membawakan tajuk “Untukmu Amma”, pukul 9.00 malam. RTM mengajak penonton menghayati kisah Amma seorang ibu tunggal yang bekerja keras untuk membesarkan dua orang anaknya Karna dan Arjun. Namun apabila dewasa, Karna dan Arjun sangat sibuk hingga Amma merasa kesunyian. Pelakon: Susila Devi, Satya Viswa, Karthik, Maha, Johson Lam, Darvind Nair, Bavishan Nair, Hassvitha, Aida Suhana.

Saluran TV Okey turut berkongsi keterujaan menyiarkan telemovie diberi tajuk “Meedum 18”pukul 8.00 malammengisahkan porak peranda lucu antara ibu dengan anak gadisnya iaitu Revathy dan Anjali. Revathy ingin anaknya mengikuti kursus guaman, tetapi sebaliknya Anjali bercita-cita menjadi seorang pemuzik yang dikagumi semua orang. Mereka sering bertelagah sehingga satu hari seorang sami telah memindahkan roh mereka supaya mereka faham diri masing-masing. Mereka menjalani kehidupan yang berbeza namun akhirnya mereka memahami keinginan masing-masing. Pelakon Datin Shaila Nair, Hashmitha Selvam dan Sasikumar.

Meedum 18

Luangkan masa anda menyaksikan telemovie khas ini di RTM. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Crystal Bach Wins ‘Best River Ship’ in Porthole Readers’ Choice Awards

Apple Lancar Apple M1, Cip Apple Silicon Pertama Untuk Mac