in

Kanvas Naratif Awi Rafael Dalam Video Muzik INI SEMUA DUNIA

Dunia hanya bersifat sementara dan segala nikmat di dunia itu bersifat tidak kekal. Itulah tema yang cuba diangkat oleh penyanyi dan komposer, Awi Rafael dalam single terbarunya ‘Ini Semua Dunia’.

AWI RAFAEL - IniSemuaDunia!

Single ini merupakan cubaan Awi Rafael atau mesra disapa sebagai Awi untuk menyampaikan hakikat kehidupan manusia di dunia sebagaimana yang difirmankan oleh Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ankabut ayat 64: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)”.

Lagu ini merupakan karya ciptaan Awi sendiri sebagai komposer dan penulis lirik ini. Awi sekali lagi menyelitkan unsur dakwah menerusi lagu yang disampaikan dalam irama pop yang mesra telinga disertakan dengan melodi yang ‘catchy’.

Single ‘Ini Semua Dunia’ sudah mula dikeluarkan sejak 25 Mei yang lalu. Bagi mengembangkan lagi jangkauan single ini, video muzik rasmi ‘Ini Semua Dunia’ telah dilancarkan pada 23 Julai yang lalu. Video muzik terbitan Gambo TV ini merupakan video muzik pertama di Malaysia yang menampilkan teknologi ‘video mapping’.

‘Video mapping’ merupakan teknologi grafik yang menggunakan projektor untuk menambah efek ke atas objek yang berkedudukan statik, dengan menayangkan imej dalam bentuk ‘motion graphic’, geometrik, garisan, mahupun ruang ke atas permukaan objek tersebut. Namun dalam video muzik ini kami membuat suatu kelainan dengan menjadikan Awi sendiri sebagai medium talaan cahaya,” jelas Azrai Fahmi pengarah video muzik ‘Ini Semua Dunia’.

Menariknya dengan penggunaan teknologi ‘video mapping’ ini, ianya telah menghasilkan suatu pendamping visual yang unik kepada lagu ‘Ini Semua Dunia’ dengan memaparkan Awi seumpama kanvas yang dicorakkan dengan lukisan.

“Ini merupakan strategi kami untuk menampilkan Awi sebagai titik fokus dalam menyampaikan naratif lagu ini. Kami mengolah subjek dalam lagu ‘Ini Semua Dunia’ menggunakan elemen-elemen duniawi yang menggambarkan cabaran kehidupan manusia masa kini,” ulas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia.

Video muzik rasmi ‘Ini Semua Dunia’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia sejak 23 JULAI 2018. Single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Awi Rafael & Atikah Suhaime 4

Awi Rafael

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Jom Heboh di KL Sports City Bukit Jalil

Siapa Pula Bakal Tersingkir dari Super Spontan Xtravaganza