in , ,

Ini Sebab Elite Tersingkir di Minggu Ke-3 GEGAR VAGANZA 5

Ramalan benar-benar belaka. Setiap bermula pastinya berakhir. Begitulah nasib yang menimpa Elite malam ni. Di luar jangkaan, ramai yang ingat, Elite tersingkir di minggu ke-2. Tapi penyingkiran Safura menyelamatkan Elite.Minggu ni? Elite terpaksa menerima hakikat dan suratan takdir mereka untuk tersingkir kerana mendapat markah yang paling rendah dari juri.

Kiranya, ramai yang rasa berjaya bertahan selama tiga minggu dah memadai untuk Elite menimba pengalaman dan mengukur sejauh mana kebolehan mereka di Gegar Vaganza. Tapi apabila ditanya kepada peminat, ramai yang mahu melihat persembahan Elite. Tambah lagi Elite Super Warrior! Tegar betul sokongan korang!

Ramalan Netizen Elite Tersingkir Mengena

Bagi mereka, Elite ada sesuatu daya tarikan. Ramai yang nak tengok show diorang. Lontaran vokal ke laut itu belakang kira. Yang penting, kumpulan yang popular dengan lagu TAMPARAN WANITA ini cukup menghiburkan.

Elite

Ternoktah tanpa imuniti seperti Big Stage, Elite menjadi peserta kedua tersingkir pada konsert minggu ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Budiey sempat menemubual Elite dan nantikan temubual di saluran Youtube Budiey

Kumpulan Elite yang dianggotai oleh Azza, Linda Rafar dan Sasha Saidin mengakui terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan di Gegar Vaganza. Ada banyak lagi yang mahu ditampilkan untuk penonton dan mereka sudah pun merancang semua itu sebagai kejutan.

“Pada awalnya, kami akui, kami mempunyai komitmen tersendiri kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga dan kerjaya.

“GV5 membuatkan kami bertambah sibuk dan jadual kami amat padat. Namun begitu, melihatkan semangat peminat yang hadir saban minggu dan memberikan sokongan menerusi laman sosial, kami kuatkan tekad.

“Apabila tersingkir, kami rasa sedikit ‘frust’ kerana sudah pastinya peminat kami kecewa… Kami sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tiada rezeki untuk kami terus melangkah ke minggu seterusnya.”

Apa yang paling diingati pasal Elite ni? Sudah tentu momen Azza masa nyanyian di minggu pertama yang mendapat perhatian sehingga Jihan buat parodi di MeleTOP. Kata Azza, dia okay je dengan parodi tersebut.

Tahniah! Elite Terima Tawaran Untuk Jadi Duta Produk

Semasa ditemubual, Elite turut mengakui mereka mendapat perhatian daripada pengeluar pelbagai jenama untuk mencadangkan penajaan dan juga melantik mereka menjadi duta produk. Wah! Rezeki jangan ditolak uols!

“Sebelum ini, kami memang masih aktif dalam industri hiburan membawa haluan sendiri, tetapi bukan sebagai Elite.

“Selepas kami muncul dalam GV5, kami amat bersyukur kerana sudah banyak mendapat tawatan persembahan sebagai Elite.

“Sampai tawaran persembahan untuk tahun hadapan pun sudah kami terima. Alhamdulillah, kami juga turut menerima beberapa tawaran untuk menjadi duta produk… Semuanya masih dalam perbincangan,”

Elite juga pernah menerima undian paling tinggi dan berjaya menerima Bintang Cuckoo Paling Gempak di Konsert Gegar Vaganza minggu ke-2.

Pada konsert berkenaan, Elite yang menyanyikan lagu nyanyian asal Melly Goeslaw berjudul KU BAHAGIA, mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Menurut komen juri oleh Datuk Ramli MS (Tok Ram), meskipun teknik nyanyian hancur, bagaimanapun keakraban kumpulan itu menjadikan persembahan mereka tampak seronok.

Elite

“Teknikal memang maut, tetapi the feels nyanyian kamu sangat jujur. Lupa lirik pun kawan dia bantu. Saya perasan benda tu…Pun begitu, mereka happy dengan keakraban mereka,” – Tok Ram.

Gegar Vaganza musim kelima menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala Datuk Nash tampil sebagai juri jemputan. Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 bagi tempat ketiga.

Sementelah itu pada konsert minggu keempat, antara peserta yang berjaya melayakkan diri dan berduet dengan bekas peserta GV musim terdahulu terdiri daripada, Amelina, Farawahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Zamani, Hetty Sarlene, Shafie Rio, Maya Ruslee, Forteen, dan Billy Zulkarnain.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Elite

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FOLLOW YOUR HEART Majalah Mandarin Kongsi Kerjaya Impian

Gara-Gara Tertekan, Amelina Jatuh Sakit Hilang Suara di Gegar Vaganza 5