in ,

Ini Reaction Wak Doyok Saat Menonton Trailer WIRO SABLENG

Filem aksi WIRO SABLENG ini digarap oleh production house internasional, 20th Century Fox Indonesia, melalui syarikat Fox International Productions bersama LifeLike Pictures yang turut memasarkan dan menerbitkan Wiro Sableng di seluruh Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Pada minggu hadapan, 27 September 2018, Budiey akan menganjurkan Premiere With Budiey mengajak pembaca semua menonton sebuah filem pertarungan hebat dari Indonesia berjudul WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 di GSC 1 Utama.

Jarang sekali Budiey anjurkan tayangan sebegini ya, biasanya kita selalu tengok filem dari Hollywood je kan?

Jadi, ini satu peluang untuk korang menonton filem WIRO SABLENG lebih awal di Malaysia. Lagi pun ada 226 tiket PERCUMA untuk korang ni! Tunggu apa lagi, terus KLIK sini untuk menyertai peraduan dan anda akan mendapat 2 keping tiket. Tema kita pada malam itu adalah Baju Batik Ala Indonesia!

Semalam, semasa acara Lepak & Makan Bersama Wak Doyok di Tony Roma’s, Melawati Mall, Budiey sempat merakam detik dan momen reaksi Wak Doyok menonton pertama kali trailer filem WIRO SABLENG.

Menurut Wak Doyok, dia memang suka filem sebegini dan berminat untuk datang menonton. Tambah lagi suka sebab watak Yayan Ruhian tu persis macam Wak Doyok je dalam movie ni, cuma Wak lebih hensem sikit je la dari Yayan. Hehe.

Kepada korang yang tak berpeluang, boleh tonton filem ini di seluruh pawagam mulai 27 September ini. Siap Sableng!

poster wiro sableng terbaru

WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 berceritakan tentang seorang pendekar bernama Wiro Sableng (dilakonkan oleh Vino G. Bastian) yang memiliki tatu di dadanya berupa angka “212”. Wiro Sableng memiliki kekuatan luar biasa yang diperolehi dari dunia persilatan dan banyak guru yang dijumpainya.

Semasa berlatih, Wiro sempat bertemu dengan dua orang wanita dan mencintai mereka. Wanita itu ialah Bunga dan Bidadari Angin Timur. Haa, bagaimana kisah selanjutnya? Korang kenalah tonton kesudahannya dalam filem ini. #siapsablengMY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apakah Lagu BOBO DI MANA Aliff Syukri, Sajat & Lucintaluna Akan Bergema di GV5?

Fathia Cetus Kontroversi, Tuduh Aiman Dayus Block Call Lepas Tuntut Hutang