in , ,

Influencer Terkenal Johanis Sani Lancar Jenama Fesyen JINKS

Keghairahan untuk menikmati fesyen dalam kalangan anak muda kita kini telah diraikan oleh banyak label fesyen yang hadir dengan gaya dan tema mereka tersendiri.

Berkonsepkan ‘kegirangan’ dan ‘belia’, sebuah label fesyen tempatan baharu yang dikenali sebagai Jinks, kini bersedia untuk menghangatkan industri fesyen tanah air dengan menawarkan cetakan serta warna yang bertenaga dalam setiap hasil produknya.

Diilhamkan daripada nama pengasasnya sendiri, Johanis Sani (“JS”), disertai oleh penambahan “ink” di antaranya, Jinks mencerminkan minat dan keghairahan JS dalam bidang seni dan kraf, beserta suntikan ciri-ciri persona seorang Johanis Sani.

Berdasarkan tema yang dipilih, Jinks bukan sahaja menyediakan busana untuk digayakan oleh orang ramai, malah ia juga memberi ilham berkaitan gaya hidup moden kepada bangsa muda dalam lingkungan usia 18-24 tahun. Selain itu, label fesyen Jinks ini juga dapat meningkatkan minat mereka dalam bidang fesyen, sepertimana JS sendiri.

A Little Extra” – slogan yang direka khas untuk label fesyen Jinks mencerminkan maksud bahawa dalam kehidupan serba moden ini, dengan hanya menambah ‘sedikit kelebihan’ dalam kesederhanaan, ia dapat membangkitkan keperibadian diri, nilai kekitaan dan keunikan diri selain daripada memberikan keselesaan kepada si pemakainya.

Demi meraikan setiap saiz dan ukuran badan yang terdapat dalam dunia ini, Jinks dengan bangganya menyediakan inklusiviti ukuran yang boleh digayakan dengan pelbagai cara berfesyen.

Selain itu, jenama ini juga merupakan jenama unisex yang membantu perubahan norma berpakaian mengikut jantina, kerana fesyen seharusnya bebas daripada diskriminasi dan ia adalah tunjang seseorang untuk mengekspresi diri mereka tersendiri.

Johanis Sani Pengasas JINKS

Dengan mempunyai hampir 400 ribu pengikut di Instagram dan jumlah pelanggan yang tinggi di laman sosial YouTube, Johanis Sani merupakan seorang pengaruh media sosial yang disukai oleh peminat dalam Malaysia dan juga luar negara, melalui hasil seni yang dikongsi olehnya berkaitan fesyen, kecantikan, perlancongan, muzik dan banyak lagi!

Bergaya dengan caranya yang tersendiri, gadis berusia 23 tahun ini mula membabitkan diri dalam dunia hiburan seawal usia14 tahun melalui video pertama yang diskongsinya dalam saluran YouTube, bertujuan untuk menghiburkan rakan-rakan dan ahli keluarganya sahaja. Kemudian, pada usia beliau 17 tahun, Johanis mula mendapat pengiktirafan daripada pengguna laman sosial sewaktu dirinya mencipta dan berkongsi

beberapa video lucu di platform Vine. Beliau kemudiannya terus mendapat perhatian daripada orang ramai melalui platform media sosial yang lain sehingga kini.

Fakta menarik mengenai gadis berbakat ini, seawal 18 tahun, Johanis telah berjaya mencapai impiannya untuk melancong ke seluruh negara Eropah secara solo. Hal ini telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang yang berdikari dan bersemangat tinggi.

Selain itu, hasil daripada video yang dikongsi oleh Johanis secara rawak sepanjang dirinya berada di tanah air bermula tahun 2015 telah membantu dirinya melebarkan sayap ke 10 buah negara yang lain, di mana ianya juga secara tidak lansung membuka pintu peluang kepada dirinya seperti; menemu ramah selebriti antarabangsa, termasuk Rihanna, Christopher dan Alex Aiono.

Dengan pencapaian yang telah dihasilkan oleh Johanis itu sendiri, beliau telah berjaya merangkul beberapa anugerah, di atas kerja keras dan sumbangan dirinya dalam industry hiburan.

Pada tahun 2016, Zalora telah menganugerahi Johanis sebagai Influencer of The Year sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan hasil seni yang beliau kongsikan dalam bidang fesyen. Johanis juga berjaya meraih anugerah di Anugerah Instafamous (2018, 2019) di bawah kategori ‘Paling Stylo’ selama 2 tahun berturut-turut.

Di samping itu juga, gadis muda ini menerima butang perak YouTube (The Silver Creator Award) pada tahun 2018, di mana beliau merupakan salah seorang daripada pencipta kandungan yang terawal di Malaysia yang diiktiraf karyanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alina Hassan Sebak Siti Sarah Taja Pembedahan Buang Katarak

Dua Peserta Dapat Markah Bawah 20 & Amir Hasan Tersingkir di Big Stage 2020