in

Infinatez Kini Tinggal Berempat

INFINATEZ HANYA BEREMPAT; TANPA ANDI

Infinatez sememangnya bermula daripada program realiti GangStarz seramai 5 orang iaitu Rafique, Shah Hans, Danial, Alvin dan Andi. Namun setelah bertahun-tahun bersama, Andi mengambil keputusan untuk meninggalkan Infinatez pada Jun 2009 secara baik dan tiada perselisihan faham yang terjadi.

infinatez

Budiey difahamkan Andi sudah tidak lagi bersama Infinatez dan menurut satu siaran media yang dihantar sebarang artikel atau isu yang terjadi terhadap beliau adalah tidak berkaitan walau sedikit pun dengan Infinatez sendiri.

Ini adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak; Infinatez dan Andi sendiri kerana kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mengembangkan karier masing-masing dalam industri hiburan.

Ditambah lagi dengan isu ‘menciplak lagu’ yang terjadi terhadap Andi, Infinatez enggan nama mereka ditulis di dalam mana-mana artikel. Cukup sekadar menyatakan ‘Andi, bekas anggota kumpulan program realiti’.

Jika ada pihak yang tertanya-tanya dimanakah Infinatez sekarang, press release yang Budiey terima ini bertujuan untuk mencanangkan kepada pihak media bahawa Infinatez masih lagi wujud dan dianggotai oleh 4 orang sahaja iaitu Rafique, Shah Hans, Danial dan Alvin.

Mereka sedang berada di dalam proses untuk come back dan menghasilkan ‘sesuatu’ buat peminat dan pengikut mereka yang sering ternanti-nantikan kemunculan mereka semula. Oleh hal itu lah Infinatez enggan sebarang isu dikaitkan dengan nama Infinatez kerana bimbang tanggapan peminat dan pengikut mereka akan berubah.

Infinatez bakal muncul dengan sesuatu yang lebih matang dan baru untuk semua peminat mereka dan kesemuanya masih lagi aktif dalam bidang nyanyian. Sebarang pertanyaan, boleh berkunjung ke laman facebook Infinatez sendiri iaiti INF- Infinatez & Friends.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Moonlight Resonance di 8TV

Maxis Scholarship for Talented Malaysians