in ,

Industri Pelancongan ‘Tenat’, 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Pada mulanya, tahun 2020 akan menjadi tahun yang baik buat untuk para pemain industri pelancongan disebabkan Tahun Melawat Malaysia 2020. Hanya mampu merancang, penularan wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar terhadap industri pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun ini.

Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia melibatkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan.

Dalam pada masa yang sama, jumlah syarikat pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu dan diluluskan dari Mac hingga 31 Oktober 2020 sebanyak 135 syarikat.

Industri Pelancongan 'Tenat', 204 Syarikat Perhotelan Dan Resort Gulung Tikar?

Tambahnya, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan kelangsungan perniagaan termasuk penggiat industri pelancongan.

Pihak kementeriannya turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Aishah Terpotong Jari Kelingking Gara-Gara Terhiris Semasa Potong Buah

Netizen ‘Berbalah’ Tengok Mural Siling Hasil Tangan Hanis Zalikha