in

Indie Band Lydias Diery Yang Bakal Meletop?

Sebuah lagi band indie yang bakal menggegarkan industri muzik tanahair, Lydias Diery. Pernah mendapat tempat pertama dalam AFTAS UiTM Battle of The Band tahun 2005. Bakal meletupkah mereka?

2704808959 Cbf27837E8 | 4

 

Pernah menghasilkan Akustik Demo, Tuesday, Mama, Free Your Mind dan Chaotic Heart.

Selain mendapat tempat kedua di Salam Merdeka UiTM Battle of The Band 2005, Lydias Diery pernah mendapat tempat kedua Vokal Terbaik di UPM Battle of The Band pada tahun 2006. Pernah ditemubual oleh Bob Ringgo di Radio Suria FM.

Ditubuhkan pada bulan Jun 2004 oleh dua orang budak kolej bernama Botaq dan Lee Ja (Honey Clovers di mana mereka begitu meminati muzik alternative dan Swedish.

Tidak lama kemudian, Aus dan Krul menyertai grup ini selepas menyedari misi dan citarasa muzik yang dibawa oleh Lydias Diery ini sama.

Kumpulan ini fokus kepada idea, kreativiti, melodi dan originaliti dengan muzik mereka. Pada tahun 2006, Aus, Lee Ja dan Krul meninggalkan grup ini atas alasan untuk melanjutkan pelajaran di Dublin. Pada tahun 2007, grup ini tampil semula dengan muzik segar gandingan anggota baru Applin, Dzul dan Asrap. Pertengahan 2007, grup ini datang lagi dengan anggora baru iaitu Botaq sebagai vokalis, Asrap sebagai gitaris utama, Wan sebagai pemain drum dan megar sebagai gitaris kedua. Sejak 2004, Lydias Diery telah mengeluarkan 3 buah lagu demo mereka iaitu Akustik Demo, Tuesday dan Mama. Setakat ini, mereka telah menjual demo sebanyak 400 unit di seluruh malaysia.

[tags]Lydias Diery, profile, images, songs, vokalis, Akustik Demo, Tuesday, Mama, fasha diboikot, honey clovers, fasha carut, krul, lee ja, aus, raja fatimah, farihad, grup indie, Free Your Mind, Chaotic Heart, sejarah[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Ziela Jalil

Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event