in , , ,

Indah Busana Wedding Putih Salju Fasha Sandha & Aidil Aziz Rekaan Azura Couture

Pasangan bahagia, Fasha Sandha dan Aidil Aziz pastinya berdebar-debar menantikan hari bahagia. Mereka sedang sibuk buat persiapan termasuklah sudah pun buat pre-wedding shoot. Nanti senang nak tayang di majlis resepsi, kan?

Nampaknya peminat begitu teruja apabila melihat pelakon Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz sedondon putih dalam busana perkahwinan. Sebuah foto serta video pasangan yang cukup anggun itu menggayakan busana tersebut telah dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akaun Instagram miliknya.

fasha aidil

Rata-rata memuji keserasian mereka malah akui terpancar keserian wajah Fasha yang kini sedang berdarah manis.

Namun, ada juga yang melihat foto itu sebagai foto perkahwinanan dan  menyangka pasangan itu sudah berkahwin. Pandai-pandai je buat spekulasi korang ni sebab gambar ni nampak sangat intim dan kemesraan mereka pun tidak dibuat-buat. Nampak natural. Nama pun pre-wedding.

Bagaimanapun Azura menerusi kapsyen memberitahu ia adalah foto pra perkahwinan mereka untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen. Dikatakan gambar ini adalah untuk mempromosikan sebuah telefon bimbit. Betul ke tidak, korang nantikan sahaja pada 26 Mac ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas PASKAL THE MOVIE, Adrian Teh Bakal Arah Filem Aksi WIRA

Seungri Diharamkan Keluar Korea Selatan Gara-gara Jenayah Pelacuran