in , ,

Classy! Imej Fesyen Topi TokTi Dalam Video Muzik SIAPA TAK MAHU Jadi Tumpuan Peminat

Walaupun sukar untuk kasi trending di Youtube walhal tak sampai sehari dapat 500,000 tontonan, video muzik SIAPA TAK MAHU itu dah kira lain macam dia punya aura. Ia turut menerima komen yang sangat positif apabila menggamit lebih 5,000 komen pendengar yang mengatakan betapa menariknya idea dan jalan cerita muzik video ini lebih-lebih lagi ditambah dengan kehadiran Mira Filzah dan Hun Haqeem. Selain itu, imej Tokti yang bertukar fesyen topi dengan pelbagai gaya juga turut menjadi tumpuan peminat.

Setiap kali Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul dengan sebuah video muzik baharu, tentunya ramai yang tidak sabar untuk menantikan idea dan konsep yang ditonjolkan. Masa ni jugaklah netizen dan makcik bawang akan bercerita dan mencari bahan untuk dijadikan topik perbualan mereka di media sosial.

Kali ini, TokTi muncul lagi dengan MV bagi single terbaru SIAPA TAK MAHU and honestly, we are not disappointed! Team video kali ini telah mengubah karakter TokTi sebagai ‘Fairy Godmother’ yang sedang menyaksikan adegan pasangan merajuk di antara Mira Filzah dan Hun Haqeem.

Bijak betul pilihan dua orang pelakon tersebut sebagai gandingan pada kali ini.

Tapi kita tak nak cakap banyak mengenai Hun dan Mira, sebab dalam posting ini kita mahu melihat aksesori topi yang dipakai oleh TokTi sepanjang video muzik berdurasi 3 minit, 34 saat ini.

Bukan sekali dua, tapi empat kali Tokti menukar busana baru berserta aksesori topi yang cukup kena dengan setiap gayanya.

Jom sama- sama kita tengok siapakah pereka topi bagi TokTi ini.

  1. Afiq M + Behati.Co
Imej Topi TokTi Dalam Video Muzik SIAPA TAK MAHU Jadi Tumpuan Peminat

Untuk adegan pertama, TokTi menyarungkan jaket crop hitam rekaan Afiq M untuk disesuaikan dengan headgear serba hitam keemasan. Gandingan ini membuatkan beliau kelihatan cukup sharp, tambahan pula dengan aksesori statement rekaan Behati.Co

2. Hanna B

Imej Topi TokTi Dalam Video Muzik SIAPA TAK MAHU Jadi Tumpuan Peminat

Ini merupakan di antara look yang berbeza untuk TokTi apabila beliau menjadi potret ‘pemerhati’ di muzium tersebut. Who need CCTVs when we have Harry-Porter-esque portraits watching over the place?

TokTi menggayakan headpiece dempak rekaan Hanna B yang sememangnya popular dengan rekaan straw hats mewah. Biasanya ia berwarna neutral kekuningan, kali ini topi tersebut disamakan dengan rona merah salmon pada gaun beliau.

3. Arte de Narmi oleh Afiq Khairuddin

Imej Topi TokTi Dalam Video Muzik SIAPA TAK MAHU Jadi Tumpuan Peminat

Aah, we just love this! Sekali lagi memakai busana sut rekaan Afiq M, topi tokti pada kali ini adalah hasil kreativiti Arte de Narmi oleh Afiq Khairuddin. Setiap kali muncul adegan di hadapan CCTV ini, we just cannot help but swoon over this look.

4. Bremen Wong

Imej Topi TokTi Dalam Video Muzik SIAPA TAK MAHU Jadi Tumpuan Peminat

TokTi tidak mengecewakan dengan memilih aksesori kepala rekaan Bremen Wong yang sememangnya popular dalam industri fesyen negara. Dipadankan dengan gaun hitam bergemerlapan rekaan Zaimi Zulkafli, tiada kata melainkan wow bila melihat babak di atas pentas ini.

Jadi, mana satu topi yang paling korang gemari? Tulislah di ruangan komen kat bawah ni.

Jika belum menonton video muzik Siapa Tak Mahu, klik saja di bawah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Perut Buncit & Kegemukan Salah Satu Risiko Mati Muda, Ini Tips Untuk Kecilkan Perut

Apple Diperli Samsung & Xiaomi Gara-Gara Jual iPhone Tanpa ‘Charger’ Dalam Kotak