in ,

Imam Muda 3 Bakal Lancar Album Ada Imam Di Kalangan Kita

Kehadiran Imam Muda ternyata telah mencetuskan fenomena di Malaysia sehingga mendapat perhatian dunia. Selama tiga musim, seramai 30 orang Imam Muda telah dilahirkan dan bergerak secara aktif menyampaikan dakwah dengan cara dan menerusi platform masing-masing.

Terbaru, kumpulan Imam Muda dari musim ketiga hadir dengan sebuah album, ‘ADA IMAM DI KALANGAN KITA’ yang mengandungi zikir yang memuji kebesaran Allah dan lagu nasyid berunsur kerohanian khas buat Muslimin dan Muslimat.

Majlis Pelancaran Album ini akan diadakan pada 27 September 2012.

Cover Album Imam Muda 3 Ada Imam Di Kalangan Kita
Satu majlis pelancaran album akan diadakan dalam masa terdekat ini. Budiey akan hadir dan mengikuti pelancaran ini.

Album ini berharga RM19.90 dan boleh dibeli di kedai album CD yang berhampiran dengan anda.

  1. Sate
  2. Hasbi Rabbi
  3. Subhanallah
  4. Astaghafirullah
  5. Taqwa Dan Iman 2012

Imam Muda 3, are the final lineups of the MOST famous religious reality program in searching for new generations of ‘IMAM’ season 3 organized by Astro. called IMAM MUDA.

The album consists of 5 tracks, with 1 new song entitled SATU, composed & written by AG Coco & Fariz of Awanband followed with 3 zikir tracks HASBI RABBI, SUBHANALLAH & ASTAGHAFIRULLAH, each track was given a fresh new music arrangements produced by AG Coco. Finally a cover version of Ahmad Jais’s single entitled TAQWA DAN IMAN 2012.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Malique Too Phat Sudah Meninggal Dunia?

Peraduan Cabaran Garnier Light 2 Tona Lebih Cerah