in ,

Ikon & Legenda Sukan Antarabangsa Dalam Dokumentari NATIONAL ICONS

Dokumentari Inggeris, “National Icons”mengangkat kisah ahli sukan terkenal dunia dalam bidang bola sepak, tenis, perlumbaan kereta, dan golf menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam slot Special On 1 di TV1.

Menampilkan juara sukan dunia yang memiliki kelasnya tersendiri, program 26 episod yang bersiaran mulai 30 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis ini mengetengahkan tentang topik sejarah, suka duka, kekalahan, kemenangan dan pengalaman dilalui figura yang mempunyai ramai peminat seluruh pelusuk dunia ini.  

Ikon dan Legenda Sukan Antarabangsa Dalam Dokumentari NATIONAL ICONS di TV1 

Ikuti keseluruhan 20 episod mengangkat kisah bintang sukan terkenal di dunia dalam sukan bola sepak. Di antara topik-topik yang dipaparkan ialah bagaimana mereka mula menyertai sukan ini, kelab-kelab utama dunia yang mereka sertai, pertandingan-pertandingan utama yang mereka juarai di peringkat kelab dan negara. Bukan itu sahaja ada juga episod berkaitan masalah-masalah kecederaan yang dihadapi dan sebagainya.

Nama-nama besar bintang bola sepak profesional yang dipilih termasuklah Lionel Messi, Diego Maradona, Ronaldo, dan Neymar (episod satu), Zinedine Zidane, Franck Ribery, David Beckham, dan Cleverly (episod dua), Diego Forlan, Luis Suarez, Bergkamp, dan Van Persie (episod tiga), Luis Figo, Cristiano Ronaldo, Drogba, dan Gervinho (episod empat), Xavi, Fabregas, Roberto Baggio, dan Balotelli (episod lima), dan Gascoigne, Rooney, Phillip Lahm, juga Beckenbauer (episod enam).

Menyusul kemudiannya dalam episod tujuh kisah Thierry Henry, Benzema, Van Nistelrooy, Huntelaar, Ronaldhino, Oscar, John Terry, dan Phil Jones (episod lapan), David Villa, Raul, Seedorf, dan Sneijder (episod Sembilan), Roberto Carlos, David Luiz, Deco, Nani, dan Asamoah Gyan (episod sepuluh), Larsson, Ibrahimovic, Patrick Vieira, dan Samir Nasri (episod 11), Johan Cruff, Arjen Robben, Andrea Pirlo, dan De Rossi (episod 12), Puyol, Pique, Gerrard, dan Jack Wilshere (episod 13), serta Higuain, Aguero, Ramos, dan Pepe (episod 14).

Perkongsian tambah menarik dengan memperkenalkan bintang bernama Cavani (Uruguay), Falcao (Columbia), Trezeguet (Perancis), Giroud (Perancis), dan Toni Kroos (Jerman) (episod 15), Alonso dan Busquets (Sepanyol) , Peter Cech (Czech Republic), dan Courtois (Belgium) (episod 16), Eden Hazard (Belgium), Luka Modric (Croatia), Peter Crouch (England) dan Dzeko (Bosnia Hazergovina) (episod 17), Bastian Schweinsteiger dan Sammi Khedira (Germany) juga Vincent Kompany dan Jan Vertonghen (Belgium) dan James Rodreguiez (Colombia) (episod 18), Miroslav Klose dan Lewandowski (Poland), dan Patrick Evra (France), Marcelo (Brazil) dan Tiago Alcantara (Sepanyol) (episod 19) juga Fernando Torres dan Roberto Soldado (Sepanyol), Hulk (Brazil), Diego Costa (Sepanyol) dan Illarra (Sepanyol) (episod 20).

Peminat sukan tenis pula dekati dan kenali lebih mendalam tentang atlet pujaan anda dalam episod berikutnya. Antara topik menyentuh tentang bagaimana mereka mula bermain tenis, pertandingan-pertandingan utama yang dimenangi oleh mereka di peringkat negara dan antarabangsa, masalah-masalah kecederaan yang dihadapi dan sebagainya. Pemain-pemain terkenal ini telah mengambil bahagian dengan tumpuan diberi kepada pertandingan-pertandingan yang mereka juarai di peringkat negara dan antarabangsa.

Nama-nama juara tenis dunia yang dikongsikan termasuklah pemain tenis profesional seperti Andre Agassi (America), Rafael Nadal (Spain), Martina Navratilova (America), Maria Sharapova (Rusia), Pete Sampras (America) dan Roger Federer (America). Begitu juga Martina Hingis (Switzerland), Anna Kournikova (Russia), Andy Murray (Britain), Ivan Lendl (America) juga Novak Djokovic (Serbia), Billie Jean King (America), Li Na (China), David Nalbandian (Argentina), Guillermo Vilas (Argentina), dan Juan Martin Del Potro (Argentina).

Sementara itu jaguh lumba kereta terkenal di dunia turut diberi perhatian antaranya Valentino Rossi (Italy), Lewis Hamilton (Britain), Nigel Mansell (Britain), Michael Schumacher (Germany) dan Sebastian Vettle (Germany). Saksikan juga episod bersama Daniel Ricciardo (Australia), Mark Webber (Australia), Susie Wolff (Britain), Danica Patrick (America), Bruno Sennar (Brazil).

Dokumentari ini juga mengetengahkan pemain golf terkenal di dunia seperti Jack Nicklaus (America), Tiger Woods (America), Rickie Fowler (America), Jesper Parnevik (Sweden), Paula Creamer (America), Seve Ballestros (Spain), dan diakhiri Sergio Garcia (Spain).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menu Autentik Dunia Dalam Program TASTY TALES

Konsert Dewa 19 Diteruskan Walaupun Ahmad Dhani Dipenjara