in ,

IKHLAS Bantu Komuniti Mangsa Banjir di Kemaman & Dungun

IKHLAS terus menghulurkan bantuan kepada komuniti mangsa banjir di kawasan Pantai Timur, melalui perkhidmatan sedekah ‘Derma dengan IKHLAS.’

Untuk misi ini, IKHLAS telah menuju ke Kemaman dan Dungun di Terengganu bagi meringankan beban lebih 200 buah keluarga termasuk sekumpulan penternak tempatan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Group Transformasi Ruminan (GTR) dan rakan komuniti, Zer0Hunger.   

Setiap keluarga yang terjejas menerima barangan keperluan seperti produk makanan siap dibungkus, sejadah dan telekung, pakaian untuk kanak-kanak dan dewasa, air minuman, pelitup muka, pembersih tangan, makanan kering, minyak masak dan lain-lain. Komuniti penternak di kawasan yang terjejas juga menerima lima (5) tan dedak lembu dan tujuh puluh (70) kit perubatan.

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berasa dukacita melihat mereka yang terjejas akibat banjir ini dan kami berhasrat untuk membantu sebanyak mungkin, terutamanya apabila banjir telah surut dan mereka memerlukan bantuan untuk membina semula kehidupan yang terjejas. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua badan kerajaan dan persatuan bukan kerajaan yang terlibat dan bekerjasama dengan kami untuk melaksanakan misi ini. Kami berdoa agar semua komuniti yang terjejas akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi.” 

IKHLAS memulakan misi bantuan banjir ini pada awal bulan Januari 2021 di Raub, Kuala Lipis, Jerantut dan Chenor, Pahang dengan mengagihkan barangan keperluan kepada lebih 400 buah keluarga termasuk makanan kering, produk makanan siap dibungkus, pakaian, sejadah, produk kebersihan wanita, lampin untuk kanak-kanak dan dewasa, pelitup muka dan pembersih tangan. Pasukan IKHLAS juga telah membantu membersihkan surau dan sekolah di kawasan yang terjejas.  

Walaupun telah banyak bantuan yang dihulurkan kepada komuniti yang terjejas, namun masih banyak lagi bantuan yang diperlukan. Pasukan IKHLAS akan meneruskan misi bantuan banjir bagi membantu komuniti di Kelantan dan Johor pada minggu akan datang. Orang awam yang ingin membantu dalam misi ini boleh memberi sumbangan melalui ikhlas.com. Semua sumbangan yang dikumpulkan melalui perkhidmatan sedekah ‘Derma Dengan IKHLAS’ akan digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk komuniti yang memerlukan.  

IKHLAS+Flood+Relief+Mission+2+-+Edited

Sejak bulan April 2020, perkhidmatan Sedekah oleh IKHLAS telah menerima dana sebanyak RM1.5 juta melalui inisiatif ‘Derma dengan IKHLAS’ dan ‘IKHLAS Untuk Sabah’ yang telah membantu lebih 19,000 buah keluarga di seluruh negara termasuk komuniti yang terjejas akibat pandemik dan banjir ini. 

IKHLAS merupakan jenama perniagaan di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom. IKHLAS juga terdapat di dalam aplikasi airasia Asean super app dan boleh dimuat turun melalui aplikasi Apple atau Google Play.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Bakal Dilancarkan di Malaysia, Laman Facebook & Instagram Rasmi Sudah Pun Disediakan

Gara-Gara Blackout Challenge, Kerajaan Itali Mula Melarang TikTok