in , ,

iflix Perkenal Saluran Baharu LEKLU Kepada Semua Pelanggan Secara Percuma

Saluran Leklu di iflix tawarkan pelbagai kompilasi filem menarik terbitan Metrowealth International Group (MIG) seperti Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang, dan banyak lagi filem yang boleh ditonton secara PERCUMA!

iflix, servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, hari ini mengumumkan saluran baharu yang di kenali sebagai saluran Leklu yang akan menawarkan pelbagai koleksi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) buat semua pelanggan secara PERCUMA. 

Saluran Leklu merupakan sebuah platform yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan filem-filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) merangkumi genre komedi, aksi, romantik dan seram.

[Leklu]_Homepage Banner_Main 2048x612

Peminat – peminat filem bergenre aksi komedi pula, boleh menikmati filem Adnan Sempit, Adnan Sempit 3Bro Nampak Motor Gua juga filem komedi Ustaz dan banyak lagi di saluran Leklu. Tidak ketinggalan, peminat filem bergenre seram juga boleh menonton lakonan pelakon kegemaran mereka dalam filem Jangan Pandang BelakangJangan Pandang Belakang Congkak,  yang pernah menjadi salah satu filem box-office di Malaysia. 

Selain itu, saluran Leklu di iflix turut menawarkan filem bergenre romantik komedi seperti Isteri Untuk Dijual,lakonan Nora Danish dan Kamal Adli serta macam-macam lagi filem yang menarik dan boleh ditonton secara percuma.

Pelanggan iflix juga boleh menyemak lebih banyak program menarik yang ada di iflix seperti Tonton Dari TV3, K-flix dan iflix Originals sepanjang tahun secara PERCUMA! Aplikasi iflix boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple Store. 

[LekLu]_Channel Banner_Landscape 3000x2250

ANTARA KOMPILASI FILEM TERBITAN MIG DI SALURAN LEKLU TONTON SECARA PERCUMA HANYA DI IFLIX!

Action Adventure: Aksi Hebat
1 Lawan Satu V3 Samseng JalananBencinta Black Maria Longkai Mendam Berahi Remp It X Sniper Metrowealth
Komedi – Wakaka…Kelakar!
Isteri Untuk Dijual Jutawan Fakir Kem Cuci Tangan Kecut Mak Kau Hijau (2016) Misi Rayyan And Danish Jangan Ambil Rumah Kami Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Main Main Cinta Mami Jarum Mami Jarum Junior Biar Betul Gila Bola Lady Boss Senario The Movie Episode 1 
Horror: Seram Sangat
7 Perhentian Anak Banglo Berkunci Congkak Flat 3a Highland Towers Jangan Pandang Belakang FeatureJangan Pandang Belakang Congkak 2 Jangan Pandang Belakang Congkak Mistik Paku Pontianak Pengantin Malam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Kini Mempunyai Lebih 167 Juta Pelanggan Berbayar

Peraduan Menang Voucher RM1,000 Sempena Single SHH Nyanyian Elizabeth Tan