in ,

Ibu Sandra Dianne Rayu Orang Ramai Pulangkan Telefon Bimbit

Ibu kepada penyanyi Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini merayu kepada orang ramai yang berada di tempat kejadian agar memulangkan telefon bimbit anaknya.

Ibu kepada penyanyi Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini merayu kepada orang ramai yang berada di tempat kejadian agar memulangkan telefon bimbit anaknya.

“Assalamualaikum, saya Ibu kepada Sandra Dianne, merayu kepada mereka-mereka yang berada di tempat kejadian kemalangan Sablu lepas, untuk memulangkan semua telefon bimbit anak saya sekiranya ada yg terambil ketika keadaan kelam kabut.

Ibu Sandra Dianne Rayu Orang Ramai Pulangkan Telefon Bimbit

“Sandra Dianne menggunakan telefon bimbit jenis Samsung S20 Ultra. Ini adalah hp yang selalu dia gunakan untuk urusan kerja, segala maklumat sosial media, IG, Tweeter beliau tersimpan di situ selain maklumat-maklumat sulit yang lain.

“Saya mohon kerjasama kepada individu yang ada menyimpan telefon bimbit anak saya untuk memulangkannya semula kepada saya.

“Bantu saya sebarkan agar rayuan ini sampai kepada mereka yang berkenaan. Sekian, terima kasih,” tulisnya pada posting terkini yang dimuatnaik petang Rabu.

Selain itu, Nor Syakinah turut mengemaskini keadaan semasa Sandra yang masih dalam pemantauan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Menerusi posting yang dimuat naik dua hari lalu itu Nor Syakinah memberitahu Sandra masih belum sedarkan diri dan memerlukan doa daripada semua.

Ibu Sandra Dianne Rayu Orang Ramai Pulangkan Telefon Bimbit

“Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan buat rakan-rakan dan sahabat handai serta saudara mara yang mengambil berat dan bertanya khabar, terlalu banyak PM, DM dan whatsapp yang masuk bertalu-talu.

“Tapi ingin saya beritahu saya sangat menghargai perhatian dan kasih sayang dari korang semua, yang saya perlukan saat in hanya doa yang berterusan, doa yang tulus ikhlas daripada peminat dan penyokongnya juga orang-orang yang menyayangi dirinya,”

– Nor Syakinah

Dalam pada itu ibu kepada peserta Big Stage 2020 itu turut memohon jasa baik orang ramai supaya berhenti menyebarkan foto kemalangan yang melibatkan anaknya itu.

Sandra Diane terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu di Lebuhraya Elite menuju ke Putrajaya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan Big Stage.

‘Padam Foto Kemalangan Anak Saya’ – Ibu Sandra

Kuala Lumpur: Ibu penyanyi Sandra Dianne, Nor Syakinah memohon agar foto keadaan anaknya berada di unit rawatan rapi (ICU) tidak lagi disebarkan untuk tujuan publisiti.

Menurutnya, dia cuma memohon doa orang ramai supaya penyanyi lagu Hey Kau yang masih koma di ICU Hospital Putrajaya akibat kemalangan dialami pada Sabtu lalu, diberikan kekuatan untuk mengharungi dugaan itu.

Ibu Sandra Dianne Rayu Orang Ramai Pulangkan Telefon Bimbit

“Bantu saya untuk tidak menyebar luaskan lagi gambar-gambar yang tersebar sejak kelmarin. Ia tidak mendapat kebenaran daripada saya dan juga ahli keluarga terdekat.

“Saya pasti anak saya Sandra Dianne juga tidak menyukai perkara ini. Saya sebagai ibu kandung bersuara bagi pihaknya agar perkara ini ditangani dengan segera.

“Saya akan hubungi pihak pengurusannya untuk bantu saya memastikan gambar terbabit dipadam bersama pautan-pautannya sekali daripada sumber yang memuat naiknya pertama kali,” katanya.

Nor Syakinah turut memohon maaf apabila tidak dapat membalas pertanyaan bertalu-talu diterimanya disebabkan emosi sangat terganggu pada ketika ini.

“Sejak beberapa hari ini keadaan emosi saya sangat tidak mengizinkan. Beberapa hari ini, saya kurang tidur dan tak dapat nak paksa diri sendiri makan. Fikiran saya juga kosong dan tak dapat fokus.

“Andai ada sahabat handai dan saudara mara yang tertanya-tanya apa yang berlaku, maafkan saya sebab tak semua orang saya khabarkan serentak. 

“Tapi ingin saya beritahu saya sangat menghargai perhatian dan kasih sayang daripada kalian semua, dan yang saya perlukan saat in hanya doa berterusan,” katanya.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Sony Music Malaysia mengatakan keadaan terbaru Sandra masih sama. Penyanyi itu koma dan kritikal.

Kelmarin, peserta program realiti Big Stage 3 itu terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite). Sewaktu kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chadwick Boseman Rahsiakan Penyakit Daripada Produksi Demi Black Panther 2

“It’s Okay, Saya Tidak Mahu Terbabit,” – Zizan Razak