in , ,

Huawei Nova 7i Bakal Dilancar Di Malaysia Pada 14 Februari 2020

Huawei Malaysia telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 7i pada 14 Februari 2020 kelak.

Siri Huawei Nova memfokuskan kepada keupayaan selfie yang dibawakan olehnya, dan melalui siri terbaru ini, ia turut memfokuskan kepada rakaman video menggunakan kamera swafoto. Antaranya termasuk penyertaan pelbagai kesan penuras khas, pelekat dan kesan khas. Ini sekaligus memudahkan lagi proses perkongsian ke laman sosial seperti TikTok dan Instagram.

Huawei Nova 7i Bakal Dilancar Di Malaysia Pada 14 Februari 2020

Pada masa yang sama, Huawei Nova 7i turut menyertakan ciri panggilan video yang dinamakan MeeTime – di mana ia menawarkan kualiti panggilan video yang lebih melaluinya.

Huawei Nova 7i hadir dengan skrin 6.4-inci, dilengkapi cip Kirin 810, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah empat kamera belakang 48-megapixel, selain bateri berkapasiti 4200mAh. Huawei turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 40W bersama dengannya.

Harga jualannya masih belum diumumkan lagi, dan Huawei Malaysia dijangka mengumumkannya pada 14 Februari 2020 kelak.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usahasama Maxis & Microsoft Solusi Terbaharu Perniagaan di Malaysia

Penonton Tak Sabar Menyaksikan Persembahan Hebat, Tiket AJL34 Laris