in

Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur Tertinggi di Malaysia

GRAND SEASONS HOTEL KUALA LUMPUR : HOTEL TERTINGGI DI MALAYSIA!
oleh Shah Shamshiri

Sewajar kedudukannya sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur memang terkenal dengan pelbagai tempat penginapan, khasnya hotel-hotel yang sering dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara. Mungkin ada segelintir nama-nama hotel yang sering menjadi bualan orang dan mendapat perhatian ramai pihak.

Namun tidak ramai yang menyebut tentang Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur, sebuah hotel yang berdiri dengan gahnya di tengah-tengah kesibukan Jalan Pahang. Kedudukannya yang sangat strategik di pusat bandaraya menjadikannya pilihan ramai pelancong asing. Lebih-lebih lagi dengan lokasinya yang sangat berdekatan dengan stesen monorel serta perhentian-perhentian bas, hotel ini memang sesuai didiami mereka yang inginkan kesenangan dalam pergerakan.

Hotel Grand Season

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa hotel Grand Seasons ini sebenarnya merupakan hotel tertinggi di Malaysia. Ya, dengan 800 buah bilik yang dihias indah, para tamu hotel dapat menikmati pemandangan kota Kuala Lumpur semahu hati masing-masing. Dari keagungan Menara Berkembar Petronas sehinggalah setiap ceruk di lorong-lorong kecil, hampir kesemuanya dapat dinikmati pandangan mata dari jendela bilik masing-masing.

Selain keindahan bilik yang disediakan, beberapa kemudahan ekstra turut tersedia buat para tamu hotel ini, khasnya mereka yang bermalam di bilik Seasons Crest terpilih. Ini kerana, bilik-bilik ini dilengkapi dengan komputer peribadi serta kemudahan internet! Selain itu, tamu Seasons Crest boleh menikmati sarapan di lounge khas di tingkat bawah yang lebih peribadi dan eksklusif. Ini sangat sesuai buat mereka yang datang untuk berkerja dan lawatan perniagaan.

Berbeza dengan kebanyakan hotel di sekitar Lembah Kelang, hotel ini tidak mempunyai restoran Cina khasnya sendiri tetapi sebuah restoran India bernama O’Las yang terkenal dengan masakan India istimewanya. Setiap sajian di restoran ini memang terkenal di kalangan tamu hotel yang biasanya terdiri daripada para pelancong dari India. Di samping itu, ada juga Seasons Cafe, dan Kasbah Bar yang merupakan sebuah bar berinspirasikan seni reka dalaman ala Turki.

Harus juga disebut bahawa sehingga bulan Jun Grand Seasons sibuk dengan pesta makanan Iran mereka yang sangat lazat dan unik. Disediakan oleh warga Iran sendiri, pilihan menu ini diadakan bersempena dengan musim pelancongan warga Iran yang berkunjung ke Malaysia pada waktu ini. Oleh itu, peluang ini tidak harus dilepaskan oleh warga KL yang tinggal berdekatan.

Jelas sekali, Grand Seasons wajar disinggah bukan sahaja kerana ia hotel teringgi di Malaysia dan mempunyai kemudahan menarik, tetapi juga pilihan sajian eksotiknya yang pasti menggamit memori!

Hotel Grand Season

Hotel Grand Season

Hotel Grand Season

Hotel Grand Season

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Menarik Tentang Drama NORA ELENA di TV3

Star World Presents Lee DeWyze Live in Kuala Lumpur