in ,

Tiga Sebab Mengapa HOTEL MAYA KUALA LUMPUR Jadi Pilihan

Setiap kali terfikir tentang bandaraya Kuala Lumpur, pasti kita terbayang sinaran lampu-lampu yang menerangi bandaraya gah ini setiap malam. Ibunegara Malaysia ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia Tenggara.

Seiring arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional pelbagai kaum dan bangsa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik serta pusat-pusat komersial yang lain.

01 Facade

Demi menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang daripada pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang turut menyerlah kewujudannya di pusat Kuala Lumpur adalah Hotel Maya Kuala Lumpur.

Hotel butik berbintang lima ini merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang sangat dikenali di seluruh Kuala Lumpur. Ia berada di pusat bandaraya KL dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Hotel ini menampilkan konsep ‘resort’ di tengah bandaraya dan menawarkan 207 buah bilik yang menerapkan unsur-unsur senireka dalaman dengan elemen-elemen yang sangat moden dan kontemporari. Setiap bilik mempunyai TV layar leper serta kemudahan tercanggih masa kini dan macam-macam lagi. Malah setiap bilik dilengkapi dengan Medklinn Air Sterilizer, untuk memastikan tamu menghirup udara yang bersih dan steril.

09 Lobby Lounge

Menyediakan kemudahan internet percuma di dalam bilik dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat serta dewan yang dapat memuatkan sehingga 300 orang. Hotel ini mempunyai ruang ‘lounge’ lobi yang luas dan selesa dengan pelbagai hiasan moden yang menarik. Ia juga dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai bagi memudahkan penginapan para tamu.

Semestinya, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Maya Brasserie yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu Malaysia, oriental serta antarabangsa. Mereka juga mempunyai sebuah restoran Jepun bernama Still Waters. Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta spa, dan untuk itu ada tersedia Anggun Spa serta gimnasium untuk kegunaan para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian. Terdapat juga sebuah kolam renang hidroterapi untuk tamu beriadah.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel Maya Kuala Lumpur dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah di Menara Berkembar Petronas, stesen monorel Bukit Nanas, dan kawasan utama perniagaan.

Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang mewah bak resort moden, dekat dan mempunyai harga berpatutan biarpun bertaraf lima bintang!

16 Studio

05 Still Waters

10 Sky Lounge (Interior)

14 Hydrotherapy Pool

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JoHaRa Tinggalkan Konti Demi JUARA JoHaRa

Tiga Sebab Pelan Percutian Hebat Airasia Jadi Pilihan