HOT TV, Fly TV, KRU TV dalam Portal TONTON

Perkembangan media digital dan peningkatan jumlah pengguna internet memberi kesan positif dalam kemajuan dunia penyiaran. Seiring dengan itu, Media Prima telah melancarkan portal TONTON beberapa minggu lalu.

TONTON telah pun dilancarkan tapi buat masa kini masih dalam tahap beta. Namun, Budiey dikhabarkan, ciri tercanggih TONTON adalah ia terbina di atas landasan Pintar Medianya tersendiri (Intelligent Media Platform). Dengan menggabungkan maklumat demografik, tabiat, konteksual, lokasi dan maklumat peralatan, pelantar ini dapat menyarankan dengan tepat, kandungan serta pengiklanan yang sepadan dengan butir peribadi pengguna.

TONTON

Kepintaran kecanggihan ini yang digabungkan dengan ketepatan data jarang ditemui sebelum ini dan sering menjadi rebutan para pengiklan, kerana ia mengurangkan pembaziran dalam peruntukan iklan.

Video dalam portal TONTON juga adalah yang terpilih dan berkualiti buat masa ini di arena dunia maya. Selain kandungan tempatan daripada empat stesen TV Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 yang tersedia sebagai ciri Catch-Up TV, TONTON juga akan menyertakan judul-judul terpilih Hollywood dalam perkhidmatan Catch UP TV percumanya dan ini termasuk musim terbaru siri Private Practice, Grey’s Anatomy, Criminal Minds serta Ghost Whisperer.

TONTON juga akan menampilkan filem-filem Hollywood yang pernah memenangi pelbagai anugerah Academy seperti The Hurt Locker dan filem antarabangsa yang menampilkan bintang-bintang tergah di dunia seumpama Jim Carrey, Mike Myers, Mel Gibson, Keanu Reeves dan ramai lagi. TONTON juga turut mneyediakan 30 ribu jam kandungan TV dari 26 tahun lalu. Ini termasuklah Majalah 3, Nona, Medik TV, Jejak Rasul, Cinta Antara Benua, Cinderella, Kopitiam, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Spanar Jaya, Senario dan rancangan-rancangan hiburan termasuk Konsert M. Nasir, Sudirman, serta kesemua siaran Anugerah Juara Lagu dari tahun pertama sehinggalah kini.

TONTON juga akan menayangkan kandungan eksklusif laman sesawang seperti Films and Stars News, Guinness World Records, WWE Classics serta siri Dilbert. Satu ciri khas TONTON juga adalah ia membenarkan pencipta kandungan lain untuk mewujudkan saluran mereka sendiri. Antaranya ialah KRU yang akan melancarkan KRU TV, sebuah saluran yang menampilkan kandungan terbaik KRU. Stesen-stesen radio seperti HOT FM, Fly FM dan One FM juga akan melancarkan HOT TV, Fly TV serta One TV yang menampilkan kandungan eksklusif, di sebalik tabir, bloopers, konsert-konsert dan banyak lagi.

Suratkhabar nombor satu Malaysia, Harian Metro juga akan melancarkan kandungan penuh sensasi, padat dengan kisah terkini di salurannya sendiri iaitu Metro TV. Portal gaya hidup dan hiburan terunggul Malaysia, GUA juga akan melancarkan GUATV di TONTON dengan kandungan video eksklusif khas buat internet.

Seperti kata Pengurus Urusan Kumpulan Media Prima, Dato’ Amrin, “TONTON melambangkan satu langkah besar ke hadapan dalam strategi digital kami.”

TONTON melengkapo landasan Media Prima yang lain dari segi penyampaian, perkongsian penonton dan promosi. TONTON membolehkan kesemua landasan media di Media Prima untuk mengembangkan perkongsian penontonnya dengan mendekati penonton Generasi Y dan Z.

TONTON

TONTON

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Potters Lancar Album Bintangku di Malaysia

Gambar Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak di Jordan