in ,

Hot FM Hadiah BOMBASTIK CTDK Sempena Hari Jadi Siti Nurhaliza

Esok, tanggal 11 Januari adalah tarikh yang pastinya akan berada dalam kalendar peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Macam-macam cara kejutan dan acara dibuat sempena dengan tarikh keramat ini. Tak kiralah samada media dan juga radio, masing-masing mengambil peluang untuk meraikan Hari Jadi Siti Nurhaliza.

Kugiran Masdo, Neon, Andi Bernadee, Floor 88, Eza Edmond dan Sarah Suhairi, dipilih untuk menyanyikan semula lagu-lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang dipetik dari album pertama sehinggalah terkini.

Nantikan lagu apa yang bakal dipersembahkan oleh barisan artis jemputan di konsert digital Bombastik CTDK yang turutdihoskan oleh penyampai stesen radio Hot FM Fizie, Deen dan Ammar.Konsert ini boleh ditonton menerusi FB Live Hot FM esok, 11 Januari 2019 jam 9.00 hingga 10.30 malam.

Bombastik ctdk
Promo BOMBASTIK CTDK di Hot FM

Hot FM Hadiahkan BOMBASTIK CTDK Sempena Ulang Tahun Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza esok, Hot FM akan menyajikan konsert digital Bombastik CTDK bermula jam 9.00 hingga 10.30 malam di FB Live Hot FM sebagai tanda penghargaan terhadap kerjaya seni beliau selama ini. 

Kepada pendengar setia Hot FM dan peminat tegar Dato’ Sri Siti Nurhaliza, jangan lepaskan peluang dan catatkan temujanji anda menonton konsert digital Bombastik CTDK malam esok!

Untuk informasi lanjut, sila layari laman web rasmi www.hotfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen Hot FM di Youtube: Hot TV / Instagram / Twitter : @hotfm976 / Facebook : Hot FM / Whatsapp: 017-302 8822

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Rasmi Pejabat Korporat Baharu @celcom

Peraduan Jom Menonton Filem THE LEGO MOVIE 2