in ,

Konsert Hot FM BIG JAM 2012 di Kuala Terengganu

Meniti 6 tahun di arus penyiaran radio pada 6 Febuari 2012, ternyata stesen radio pilihan utama bagi kategori 35 tahun ke bawah ini terus relevan dengan menyajikan pelbagai pengisian bersifat peribadi kepada pendengarnya.

Terbaharu, Hot FM Klate dan Hot FM T’Ganu di lancarkan pada 2 Januari 2012, sejajar dengan acuan khas khusus untuk pendengar di Pantai Timur. Satu produk yang telah menjadi buah mulut pencinta muzik tempatan kini kembali. Hot FM BIG JAM, telah diangkat menjadi satu jenama yang sinonim setiap kali ulangtahun Hot FM.

KEMBALINYA KEHANGATAN Hot FM BIG JAM

Konsert yang bertujuan untuk mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar Hot FM atas sokongan mereka selama ini bakal di realisasikan pada 10 MAC 2012 bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Kenapa Kuala Terengganu?

Sebelum ini Hot FM BIG JAM telahpun melabuhkan jenama itu di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010. Pantai Timur merupakan satu-satunya kawasan yang belum di singgah oleh Hot FM BIG JAM.

Malah, selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T’Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulang tahun ke enam Hot FM.

Lantunan Vokal Hangat Oleh?

Barisan artis muda, senior serta serantau kali ini di himpunkan bagi memenuhi citarasa setiap pendengar. Bagi konsert bahagian pertama pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang, Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL’s, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bakal menyerikan pentas Hot FM BIG.

Kemunculan Spider dan Ella sudah pasti akan memanaskan konsert kedua yang bermula pada jam 8.45 malam. Apatah lagi dengan kehadiran band rock otai, XPDC dan vokal bertenaga Black, sudah pasti pengunjung tidak akan duduk diam.

Turut mengisi kekosongan artis serantau, Nidji dari Indonesia turut di undang untuk memeriahkan lagi konsert Hot FM BIG JAM nanti.

Pastinya turut sama adalah barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baharu daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny serta 4 daripada Hot FM T’Ganu iaitu Ain, Bell, Rafly dan Azri.

big jam

KOLABORASI HANGAT Hot FM DAN TV9

Hot FM sentiasa mencari peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai platfom demi mendapatkan hasil yang terbaik. Tahun lalu dua jenama ini memulakan kolaborasi melalui penghasilan album raya yang bertajuk Hangatnya Raya di Hatiku, album yang menggandingkan para penyampai Hot FM dan juga adik-adik dari Idola Kecil. Gandingan itu menjadi dan terkini, program Kaki Bola di pertaruhkan untuk pendengar dan penonton dua stesen itu.

Dan tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam nanti. Selain itu, TV9 dan Bot FM juga akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai program, barangan eksklusif serta aktiviti “on ground“.

Selain itu, siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama.

Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut juga secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.

Jadi jangan lupa, catatkan tarikh ini di mana saja yang membolehkan anda mengingati Hot FM BIG JAM 2012 – 10 MAC 2012, Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dari jam 2 petang hingga lewat malam.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan kami sepanjang 6 tahun beroperasi di bidang penyiaran radio tempatan. Setiap komen konstruktif kami ambil kira untuk memenuhi citarasa pelbagai lapisan pendengar dan terus kekal relevan di telinga mereka.

Hot FM BIG JAM kembali tahun ini adalah untuk menunjukkan rasa penghargaan kami kepada mereka semua serta secara tidak langsung membantu menghangatkan industri muzik secara amnya.“

“Sempena ulangtahun ke 6 ini juga Hot FM, Hot FM semakin memantapkan radio di pelbagai platfom seperti Android, Blackberry dan Iphone.“

– Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima

ATURCARA

2.00 petang – 4.30 petang Acara santai dan games bersama Hot FM Zoomerz

Booth TV9 dengan pelbagai aktiviti “on ground“ dan promosi

Booth Hot FM dengan jualan barangan eksklusif Hot FM

Siaran luar Hot FM bersama penyampai Hot FM

4.30 petang hingga lewat Konsert Hot FM BIG JAM 2012 bermula

Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran DERMAGIC

Muzik Festival Melayu di Marina Barrage