in , ,

Nafiez Zaidi & Afifah Nasir Dalam Drama Adaptasi Drama HOT CHOCOLATE & TEA LADY

Penggemar drama adaptasi novel usah ketinggalan meluangkan masa menyaksikan drama tajuk sama ‘Hot Chocolate & Tea Lady’ karya Ramlah Rashid mengisi slot Saranghaeyo di TV2 bermula 20 November ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 1.00 tengah hari.

Drama 13 episod dibawah arahan Dato Ahmad Tamimi Siregar ini menggandingkan pelakon utama Nafiez Zaidi dan Afifah Nasir, selain turut dibantu pelakon Farah Wahida, Ungku Hariz, dan Kay Maria. Latar ceritanya bermula dengan memperkenalkan babak pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. 

Drama HOT CHOCOLATE & TEA LADY

Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki.

Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. 

Drama HOT CHOCOLATE & TEA LADY

Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!

Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya? Ikuti kesuadahannya dalam drama bersiri ini di TV2.

Drama HOT CHOCOLATE & TEA LADY

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Drama HOT CHOCOLATE & TEA LADY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini 10 Program Terbaik Sempena Sambutan Deepavali 2020 di TV2

Syomirizwa Gupta Cipta Tema Dunia Selari Penuh Misteri di KLFW2020 Digital