in

HILANG Lagu Ciptaan Pertama Irfan Haris

Selepas mengecap kejayaan menerusi dua buah lagu iaitu ‘Redha’ dan ‘Pesan’ yang telah menaikkan namanya, penyanyi remaja Irfan Haris kembali dengan single terbaharunya yang berjudul ‘Hilang’.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 9 Februari ini, ‘Hilang’ memperlihatkan penyanyi yang baharu sahaja berusia 17 tahun mempertaruhkan lagu pertama ciptaannya sendiri bersama abangnya, Haikal Iskandar.

Bercakap mengenai single terbaharunya itu, Irfan memberitahu idea menghasilkan lagu itu berlaku secara spontan ketika dia dan Haikal duduk bermain piano.

“Saya sangat teruja dengan kemunculan single terbaru ini kerana ia adalah kolaborasi saya dengan abang sendiri.

“Idea menulis lirik dan menggubah melodinya berlaku secara spontan sekitar Jun tahun lalu ketika kami duduk bermain piano.

“Haikal tiba-tiba mendapat melodi dan dari situ kami kembangkannya selain liriknya juga terkeluar secara spontan.

“Ia proses yang menyeronokkan disamping memberi kepuasan berbeza kerana ia adalah lagu ciptaan saya dan abang!,” katanya.

irfan harris

Jelasnya lagi, ‘Hilang’ dekat dihatinya kerana kisah yang ditampilkan adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.

Kata Irfan, ketika proses rakaman lagu tersebut dia lebih menjiwai ‘Hilang’ kerana apa yang disampaikan datang dari hatinya.

“Lagu ini memang ada kena mengena dengan saya. Biasalah zaman remaja banyak ‘cinta monyet’ dan saya gunakan pengalaman itu untuk dijadikan sebuah lirik dan lagu.

“Ia masih mengekalkan genre balada seperti mana dua single terdahulu saya namun ‘Hilang’ istimewa kerana ia datang dari saya sendiri untuk semua peminat,” ujarnya.

Irfan dalam pada itu turut mengakui berasa gementar menantikan reaksi pendengar terhadap percubaan pertamanya itu namun meletakkan keyakinan ia akan diterima baik peminat.

Anak muda ini turut memberitahu ‘Hilang’ akan menjadi titik permulaannya untuk meneroka bidang penulisan dan gubahan lagu pada masa hadapan.

Sementara itu, Irfan berkata, dia juga sudah menyiapkan muzik video bagi ‘Hilang’ yang menjalani penggambaran dua minggu lalu dan ia mendapat sentuhan pengarah, Izuan Mokhtar.

Muzik video itu bakal dilancarkan di Youtube serentak dengan pelancaran singlenya pada 9 Februari ini.

Lagu ‘Hilang’ diterbit dan diedarkan oleh Seventeen Eleven Music Sdn Bhd.

Selain Youtube, ‘Hilang’ boleh dimuat turun menerusi platform seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

Youtube link :

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018

MIMPI INDAH Taruhan Terbaharu Amira Othman