in , ,

“Hidup Seperti Dalam Neraka Bila Keluar Tak Pakai Tudung,” – Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff akui melalui fasa pencarian diri yang mengusutkan sepanjang tempoh tidak berhijab tahun lepas.

Menerusi Astro Awani, hidupnya tidak tenang dan adakalanya berdepan ketakutan luar biasa terutama ketika berada di luar rumah.

“Saya trauma! Hari-hari tak tenang, rasa seperti hidup dalam neraka bila keluar tak pakai tudung.

“Rasa macam semua orang nak bunuh saya!

“Kadang-kadang ketakutan itu jadi ekstrim sampai bawa kereta laju-laju sebab nak balik rumah. Bila ada kilat guruh semua jadi tambah takut.

“Bila cerita pada orang lain semua tak faham. Sampaikan ada masa menangis seorang diri.

“Macam nak kiamat pun ada. Semua perasaan itu datang ketika sedar, bukan dalam mimpi pun,” katanya.

– Fathia Latiff
Fathia Latiff

Hinggakan pada satu masa kata pelakon Ariana Rose itu dia melutut di hadapan ibunya memohon keampunan.

“Siapa saya nak lawan takdir ALLAH? Memang kenalah padahnya…

“Setiap kali balik rumah saya akan melutut depan ibu saya minta maaf. Situasi itu buatkan saya betul-betul insaf,” tambahnya.

– Fathia Latiff

Hijrah kedua Fathia sejak Mac lalu membuka perspektif baharu dalam hidupnya.

“Kalau boleh saya nak istiqamah kali ini, semoga ALLAH tetapkan iman saya dan tak bolak-balikkan hati saya.

“Sepanjang tempoh membuka semula tudung saya tertanya-tanya siapa diri saya sebenar?

“Dan pada waktu itu perlahan-lahan saya muhasabah diri, berfikir sedalam-dalamnya,”

– Fathia Latiff

Dalam perkembangan terbaharu, Fathia mengikuti kem kerohanian dan jati diri selama tiga bulan sejak awal tahun lalu.

April 2019 Fathia mengejutkan ramai apabila mengakui dirinya membuka tudung selepas berhijab pada April 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Betul Ke Pawagam Bakal Dibuka Bulan Depan?

Tips Rumah Tangga Bahagia Selebriti Terkenal Dalam SEMANIS CUKA