in , ,

Hetty Sarlene & Forteen Gagal ke Final GEGAR VAGANZA 5

Dua peserta yang mendapat markah paling rendah ialah Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terpaksa akur apabila langkah mereka terhenti di peringkat separuh akhir. BYE BYE Buat Hetty Sarlene & Forteen! Hanya selangkah lagi nak ke final. Aduyai.

Impian penyanyi Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen untuk mara ke final Gegar Vaganza musim kelima (GV5) terhenti apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir program itu yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Penyingkiran itu membolehkan enam peserta lain iaitu Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Noryn Aziz, Dia Fadilla dan dua berkumpulan Billy Zulkarnain bakal berentap merebut gelaran juara pada peringkat akhir minggu hadapan.

Tahniah buat penyanyi Noryn Aziz sekali lagi merampas takhta pertama dengan markah cemerlang sebanyak 71.55 peratus. Walaupun persembahannya disifatkan sebagai ‘tawar’ oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Noryn telah jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, Amelina yang berada ditempat kedua dengan markah sebanyak 67.2 peratus.

Pada peringkat separuh akhir itu, Hetty menyampaikan dua buah lagu, Pencuri Hati nyanyian asal Ayda Jebat dan Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah).

Manakala Forteen mempersembahkan lagu Potret (Akim & The Majistret) & Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Ning Baizura, Nora, Dessy Fitri).

Kesemua peserta diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Yusof Haslam.

Yusof selaku juri jemputan memberitahu Forteen seakan tidak konsisten sejak daripada minggu pertama selain hanya melabel persembahan mereka sebagai ‘ok’.

“Saya mengikuti persembahan anda bermula daripada minggu pertama lagi, ada masa naik ada masa turun.

“Namun saya tahu anda telah mencuba yang terbaik dan persembahan malam ini bagi saya okay,” kata Yusuf.

Persembahan Hetty yang juga diadili Yusuf bagaimanapun mendapat pujian daripada pengarah dan penerbit terkenal itu.

“Di awalnya saya bimbang awak tidak dapat ‘carry’ lagu ini, terfikir macam awak berlakon pula.”

Zamani mara ke peringkat akhir.

“Namun akhirnya awak dapat ekpreskan vokal dan gaya muka dengan baik,” tambah Yusuf.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse bertindak sebagai hos GV5 yang disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Sementara itu, peringkat final GV5 buat pertama kali bakal memperlihatkan para peserta bakal mengadakan persembahan duet dengan artis undangan selain pusingan battle.

1.Noryn Aziz 71.5%

i) Dahsyat

Datuk Khadijah Ibrahim – Saya suka sebab awak menyanyi dengan ikhlas dan penuh penghayatan.

ii) Cintaku 100% 

Datuk Ramli MS – Tak payah cakap lah… Tawar!

2.Amelina 67.2%

i) Tua Mengejar Kita 

Datuk Khadijah Ibrahim – Best! Awak faham apa yang awak nyanyikan.

ii) Kuch Kuch Ho Ta Hai

Datuk Ramli MS – Ringan sangat suara…macam pakai head voice saja…

3.Dia Fadila 66.4%

i) I Don’t Want To Miss A Thing

Datuk Ramli MS – Awal tu agak kurang energy, separuh yang akhir tu sahaja awak betul-betul menyanyi

ii) Pematah Hati 

Datuk Yusof Haslam – Dari persembahan pertama, saya rasa ini lebih baik

4.Maya Ruslee 66%

i) Ikut Rentakku

Datuk Khadijah Ibrahim – Ada silap sikit tapi bagus kerana ikhlas dalam nyanyian

ii) Tiada Kepastian 

Datuk Ramli MS – Sound very tired bila duduk tak sampai. Next time perlu berdiri.

5.Zamani 64.4%

i) Dekat Padamu 

Datuk Ramli MS – Saya tak nak komen apa-apa… Thank you

ii) Di Matamu

Datuk Ramli MS – Kamu patut menyanyi begini dari minggu pertama kerana ini baru standard kamu

6.Billy Zulkarnain 61.05%

i) Mengenangmu

Datuk Yusof Haslam – Saya tengok kamu minggu lalu dan saya tahu kamu dua ada bakat. Saya menanti persembahan kedua kamu.

ii) Mulanya Disini

Datuk Khadijah Ibrahim – Saya enjoy!Saya harap kamu ke final…

7.Hetty Sarlene 60.2%

i) Pencuri Hati 

Datuk Ramli MS – Satu saja saya nak cakap, kamu ada satu lagi persembahan, make sure all out!

ii) Kemaafan Dendam Yang Terindah

Datuk Yusof Haslam – Persembahan pertama tadi dah lulus. Persembahan kedua ni feel seperti berlakon dengan memek muka dan vokal bagus.

8.Forteen 58.1%

i) Potret 

Datuk Yusof Haslam – Saya mengikuti Forteen… Saya akui kamu semua memang ada bakat. Saya mahu lihat lebih di persembahan kedua

ii) Cinta Di Akhir Garisan 

Datuk Khadijah Ibrahim – Saya terhibur…persembahan kamu semakin baik setiap minggu

Berikut adalah senarai lagu duet untuk peringkat final GV5 minggu hadapan:

1. Laskar Cinta (Dewa 19) duet bersama Awi Rafael – Noryn Aziz

2. The Power of Love (Celine Dion) duet bersama Bob – Amelina

3. Makin Aku Cinta (Anang & Krisdayanti) duet bersama Ajai – Dia Fadilla

4. Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) duet bersama Ernie Zakri – Maya

5. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & Datuk M. Nasir) duet bersama Ameng – Zamani

6. Curiga (Ning Baizura) duet bersama Idayu – Billy Zulkarnain

Peringkat akhir GV5 bakal berlangsung 19 November bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kpoppers Puji Sarah Suhairi di LAZADA 11.11 SUPER SHOW

Tentang Noryn Aziz Yang Anda Harus Tahu