in , ,

Henry Golding Umum Bakal Bergelar Bapa, Isteri Hamil Anak Pertama

Aktor popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding mengumumkan kabar gembira tentang kehamilan isterinya, Liv Lo.

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini. Dalam satu hantaran di Facebook, bintang filem Crazy Rich Asians itu turut berkongsi dua foto mereka dan menunjuk ke arah perut Liv.

Dalam perkongsian itu, Henry berkongsi foto bersama isterinya yang menampakkan ‘baby bump’.

Henry Golding

“2021 sudah kelihatan lebih cerah,” tulisnya disertakan dengan emoji hati dan bayi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Henry tumpang gembira dan mengucapkan tahniah atas perkabaran tersebut.

Henry Golding

Antara yang turut meninggalkan komen adalah Yuna, Ally Mukhriz dan pereka fesyen Datuk Tom Abang Saufi.

Terdahulu, Henry telah mendirikan rumah tangga bersama Liv Lo yang juga seorang pengacara di stesen televisyen Taiwan pada tahun 2016 di negeri kelahirannya, Sarawak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Usah Kecewa, Dana DKD Masih Ada Untuk Warga Seni

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli Bergabung dalam Sebuah Mahakarya Hebat, LARA