in , , ,

Henry Golding Pegang Watak Gay dalam Filem Monsoon, Viral Video Babak Cium Mulut

Sudah ada beberapa filem yang dibintanginya dan dia juga pernah dijemput muncul dalam rancangan bual bicara popular seperti Ellen, The Tonight Show dan The Late Night Show atas kejayaan filem Crazy Rich Asian. Hujung minggu lalu Henry membuat ramai terkejut dengan klip trailer filem baharunya ‘Monsoon’ dimana dia memegang watak utama sebagai lelaki homoseksual berdarah kacuk British-Vietnam.

Pelbagai cerita yang muncul di media sosial semasa MRO ini, maklumlah masing-masing terikat dengan telefon dan komputer di rumah, banyak masa yang ada untuk membaca artikel dan sebagainya. Antara yang mendapat perhatian ketika ini adalah tentang watak yang dipegang oleh Henry Golding ni agak mengejutkan.

Henry Golding Pegang Watak Gay dalam Filem Monsoon, Viral Video Babak Cium Mulut

Selepas tular trailer daripada filem terbaharu Henry Golding berjudul Monsoon, reaksi peminat pelakon kelahiran Malaysia itu rata-ratanya terkejut.

Ada yang tidak menyangka Henry akan mengambil risiko untuk melakonkan watak lelaki homoseksual dan beradegan sensual sesama lelaki.

Malah, ada juga meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju karier Henry apabila menerima tawaran watak tersebut.

Dalam trailer yang tular di YouTube, terdapat adegan panas menyaksikan Henry mencium dua pelakon lelaki filem tersebut, salah seorangnya ialah Parker Sawyers.

Pertama ditayangkan di Karlovy Vary Internation Film Festival Jun tahun lepas, filem british Monsson ditulis dan diarah oleh Hong Khaou yang membawa tema ‘sensitive portrait of cultural displacement’. 

Henry Golding Pegang Watak Gay dalam Filem Monsoon, Viral Video Babak Cium Mulut

Filem ini menampikan Kit yang dilakonkan oleh Henry merupakan seorang lelaki berdarah British-Vietnam yang pulang ke Saigon buat kali pertama selapas 30 tahun, selepas melarikan diri dari perang Vietnam-American bersama keluarga menaiki bot pelarian.

Membiasakan dirinya dengan  kota yang sudah lama ditinggalkan dia memulakan perjalanannya di kota ini dan membuka peluang untuk temui sahabat, cinta dan kebahagiaan, sepanjang perjalannya dia temui memori bersama keluarganya semasa dia dibesarkan di kota itu. 

“Dari sudut pandang saya, dengan peranan tertentu ini, adalah hakikat bahawa perjalanannya tidak bergantung pada kenyataan bahawa dia gay,”

“Ia seperti, ya, dia seorang lelaki gay muda. tetapi masalah yang lebih besar adalah siapa dia sebagai seorang lelaki,”

Filem ini juga turut dibintangi oleh Parker Sawyers sebagai Lewis, Davis Tran sebagai Lee dan Molly Harris sebagai Linh.

Henry Golding Pegang Watak Gay dalam Filem Monsoon, Viral Video Babak Cium Mulut

“What’s happened is that, when someone comes out of the closet, we celebrate them,”

“We applaud them. We put them on the cover of magazines. We say, thank you for living your truth, and thank you for being brave, and you’re such a role model for our gay kids. And then instantly, that actor gets taken off so many casting lists in the business.”

Sementara itu, mengulas mengenai peranannya menjayakan watak lelaki homoseksual, kata Henry dia pada mulanya ragu-ragu.

“Saya akan menerima peranan ini kerana perjalanan yang diwakili oleh lelaki ini,”

“Ini bukan perjalanan ke dalam keanehannya. Ini adalah perjalanan ke dalam sejarahnya.”

“Saya merasa seolah-olah berkaitan dengan tokoh-tokoh sejarah penting, watak-watak yang didefinisikan oleh berasal dari komuniti, anda benar-benar perlu meluangkan masa untuk berfikir, ini penting bagi komuniti LGBTQ untuk menjadi sebahagian masyarakat,”

“Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka,”

henry-gay

Filem Monsoon pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary pada Jun tahun lalu yang mencetuskan pelbagai pandangan umum.

Monsoon yang diarahkan oleh Hong Khaou mengisahkan kehidupan Kit (Henry) yang kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya.

Filem Monsoon telah mula ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September lalu dan meraih rating yang membanggakan.

*Sumber: Out.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PKP 2.0 Trending No. 1 di Twitter, Belum Terlambat, Sila Patuhi SOP, Gais!

Luna Maya Jawab Kemungkinan Kembali Bercinta Dengan Ariel