in

Henry Golding Hos WELCOME TO THE RAIL WORLD

Tarikh Tx : 21 Julai 2010
Waktu slot : Rabu, 9:30pm
Tempoh : 30 minit
Episod : 10

Sebuah pemandangan yang indah, pantai yang cantik, kepelbagaian budaya, dan hidangan yang cukup menyelerakan dapat anda lihat hanya di program terbaru terbitan bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dan 8TV iaitu WELCOME TO THE RAIL WORLD – Sebuah rancangan tentang diari seorang pengembara yang merantau ke destinasi yang menarik di seluruh Malaysia hanya dengan menaiki kereta api.

Bermula 21 Julai 2010, jam 9.30malam, secara eksklusif di 8TV, WELCOME TO THE RAIL WORLD akan membawa anda merantau ke destinasi-destinasi menarik bersama-sama dengan pengacara popular Henry Golding yang akan membawa anda mengembara dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM). Henry bukan sahaja merantau di Malaysia untuk mencuci mata, tetapi Henry juga akan belajar mengenai cara hidup masyarakat di setiap tempat yang dilawatinya termasuk mempelajari sejarah dan budaya penduduk Malaysia tercinta.

Anda bukan sahaja akan disajikan dengan pemandangan yang menarik, malah anda juga akan terhibur dengan gelagat Henry yang menceriakan dan penuh bertenaga. Beliau yang berumur 23 tahun, seorang yang berani untuk menerokai Malaysia secara berseorangan malah memberi perspektif yang baru tentang Malaysia dan budayanya.

Dari Kuala Kubu Baru, Taiping, Penang, Gemas, Langkawi, Arau, Melaka dan banyak lagi tempat yang menarik, saksikan pengalaman Henry bersama suku kaum, Jakun, sambil melewati persinggahan menarik dan indah di `homestay’ seluruh Malaysia, menjelajahi hutan, mempelajari tentang keturunan Portugese-Kreol, melakukan sukan air, serta menghiburkan anda dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik.

WELCOME TO THE RAIL WORLD diterbitkan sebanyak 10 episod dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan juga Canon, dipersembahkan dalam dwi-bahasa bagi menarik minat golongan penonton yang digelar `urban’ untuk mengenali lebih dekat budaya dan tradisi yang terdapat di negara ini.

Henry Golding

YB. Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen berucap ketika hadir di majlis pelancaran program ini “Kami percaya dengan memberikan sokongan terhadap program seperti WELCOME TO THE RAIL WORLD , secara tidak langsung dapat membantu pihak kami mempromosikan destinasi pelancongan dari segi strategi promosi yang berbeza sejajar dengan gaya pelancongan dan memenuhi kehendak corak hidup rakyat masa kini seperti menerokai alam semulajadi yang merangkumi eco-pelancongan, kepelbagaian budaya, keriangan bersama keluarga, mampu berbelanja mewah dan MICE (Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions).”

“Ia juga membantu kita fokus dalam mencapai apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Razak dalam Rancangan Malaysia ke-10, di mana kerajaan berhasrat memperbaiki kedudukannya supaya menjadi antara 10 negara teratas daripada segi pendapatan melalui sector pelancongan pada tahun 2015.. Sasaran kami ialah untuk meningkatkan sumbangan sektor industri ini sebanyak kepada 2.1 kali lebih tinggi daripada sebelum ini dan menraih pendapatan berjumlah RM115 billion serta menyediakan dua juta peluang pekerjaan dalam industri pelancongan pada 2015.” tambah YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen.

“Ini merupakan rancangan pengembaraan yang sangat menakjubkan. Ia mengingatkan saya tentang betapa pentingnya perkara-perkara kecil di sekeliling kita. Kita haruslah bersyukur dan menghargai keindahan alam sekeliling serta keamanan yang terdapat di Negara ini”, kata Ms. Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV. Tambah beliau, “Banyak lagi perkara yang dapat diterokai di Malaysia. Saya pasti anda akan terhibur dan banyak perkara yang dapat anda pelajari di WELCOME TO THE RAIL WORLD.”

Program ini juga menawarkan hadiah-hadiah menarik melalui kuiz yang di keudarakan dalam salah sebuah segmennya. Penonton dikehendaki mencari kod atau klu disepanjang program ini untuk mendapatkan jawapan yang betul. Penonton yang bertuah bakal memenangi hadiah-hadiah tajaan KTM dan Canon.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan diari pengembaraan ini bermula 21 Julai 2010, setiap Rabu pada jam 9.30 malam, atau ulangannya pada setiap Sabtu jam 11.30 pagi, secara eksklusif di 8TV atau di Astro menerusi saluran 708. Anda juga dapat menonton program ini dengan melayari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my/railworld atau menerusi telefon bimbit dengan menaip m.8tv.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Party With Dayang at Hard Rock Cafe

Temubual Eksklusif Bersama Andi Bekas Ahli Infinatez