in

Hellcats

Pasukan sorak kegemaran ramai kini kembali! hanya di 8TV

HELLCATS
Tarikh siaran: 27/12/2011
Hari: Selasa
Masa: 9.30 malam
Bahasa: Inggeris

Alice si hidung tinggi bersama rakan-rakannya Savanah, dan Marty si ‘ringan tulang’ dan kelakar kini kembali ke kaca TV anda! Sekali lagi 8TV membawakan kepada anda cerita penuh drama, sorakan dan aksi tentang gadis pasukan sorak, Hellcats yang akan disiarkan bermula 27 Disember 2011. Pastikan anda mengikuti Hellcats, kisah remaja dari Lancer Universiti yang akan menghiburkan malam Selasa anda!

Hellcats

Dalam episod sebelum ini, Alice, iaitu bintang utama pasukan sorak Hellcats, mengalami kecederaan dan menyebabkan pasukan sorak itu kekurangan seorang anggota. Marty telah berjaya mendapat tempat untuk menjadi anggota pasukan sorak Hellcats. Selain berkawan dengan teman sebiliknya Savannah, Marty juga kelihatan semakin rapat dengan Lewis, iaitu rakan sepasukannya yang juga merupakan bekas kekasih Alice. Alice dan Dan iaitu teman baik Marty mendapat tahu tentang keakraban hubungan Marty dan Lewis menjadi berang dan cemburu. Adakah persahabatan yang terjalin sekian lama bakal musnah disebabkan perasaan dendam dan cemburu?

“Saya adalah salah seorang penggemar drama bersiri dan cerita ini telah menarik minat saya untuk terus menonton kerana plot dan jalan ceritanya yang menarik. Tambahan pula, muzik latar dalam cerita ini membuatkan anda lebih teruja untuk mengetahui apa akan berlaku seterusnya. Cerita penuh drama dan konflik tentang kisah kehidupan remaja ini akan menarik minat penonton untuk terus berada di depan kaca TV!” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Alyson Michalka, Ashley Tisdale, Robbie Jones dan Matt Barr, pastikan anda bersedia bersama ‘pom pom’ anda dan bersorak menonton Hellcats setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 27 Disember 2011 hanya di 8TV!

Berhibur bersama 8TV yang juga terdapat di saluran Astro 708. Kini anda boleh menonton rancangan 8TV kegemaran di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Hellcats

Hellcats

Hellcats

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna

Konsert Ambang 2012