in , ,

Tonton HBO ORIGINAL Siries TRUE BLOOD di MAX Astro Movies

Pada 18 Ogos lalu, telah berlangsung Parti Screening Siri True Blood musim ke-2 anjuran Astro dan MAX di GSC Mid Valley.

HBO juga telah menjemput 6 orang pembaca Sensasi Selebriti untuk turut sama-sama menonton dua episod pertama drama True Blood, ternyata mereka begitu seronok kerana selain dapat menonton lebih awal dari pelanggan Astro Movies, mereka juga mendapat pelbagai hadiah menarik dan goodie bag~ Tahniah buat pembaca yang terpilih~

Ini dia gambar para pembaca yang terpilih untuk menonton True Blood~ Diorang pun macam dah kena rasuk dan bertukar jadi drakula~

Siri yang diminati ramai dan telah menerima anugerah Golden Globe® TRUE BLOOD akan bermula tayangan musim kedua yang dinanti-nantikan, sebanyak 12 episod, di Asia pada hari Sabtu 22 Ogos pada pukul 10 malam di MAX (Astro saluran 412). Episod-episod baru akan ke udara setiap minggu pada hari dan waktu yang sama.

Budiey pun dapat jugak goodie bag menarik dari HBO. Thanks~!

Dalam musim baru ini, misteri yang menyelubungi pembunuh bersiri dalam musim pertama  akhirnya dirungkai dan ini melegakan penduduk bandar Bon Temps. Sookie gembira bahawa teman sejiwanya, puntianak Bill, tidak tercedera walaupun dia telah menyelamatkannya pada masa siang hari. 

Tetamu juga disediakan dengan makan malam berupa hot dog dan nuggets~

Rakan Sookie, Tara pula, memulakan hubungan baru dengan seorang dermawan mewah, Maryann; Sam memutus untuk memperbetulkan kebolehannya berubah bentuk, selepas satu pengalaman dalam hutan; dan adik nakal Sookie, Jason, menemui arah baru melalui satu mazhab anti-puntianak. Tetapi, sebaik sahaja keadaan kembali normal di Bon Temps, misteri-misteri baru mengancam untuk membawa saga Sookie Stackhouse ke kemuncak baru yang berdarah!

Siri yang membawa kombinasi percintaan, suspens, misteri dan lawak jenaka, TRUE BLOOD mengambil tempat dalam satu tempoh masa yang tidak jauh dari sekarang, bila puntianak dapat hidup dan bergerak bebas dari keranda. 

Vampires of True Blood – Alexander Skarsgård and Stephen Moyer

Ini dibolehkan oleh penemuan cara untuk menghasilkan darah sintetik dalam kuantiti yang besar dan darah manusia tidak diperlukan lagi sebagai sumber pemakanan puntianak.  Siri yang seksi, lucu dan amat menghiburkan ini mengikuti percintaan antara seorang pelayan wanita yang mempunyai kebolehan membaca pemikiran orang lain, Sookie Stackhouse (pemenang Golden-Globe® Anna Paquin), dan teman sejiwanya, puntianak berumur 173 tahun, Bill Compton (Stephen Moyer). 

Anna Paquin and Stephen Moyer return for season 2 of True Blood

Alan Ball (pencipta siri HBO Six Feet Under yang pernah memenangi anugerah Emmy®) adalah pengeluar eksekutif serta pencipta siri ini, yang berdasarkan pada novel-novel popular tentang watak Sookie Stackhouse oleh penulis Charlaine Harris. 

Barison pelakon yang kembali ke TRUE BLOOD termasuk : Ryan Kwanten sebagai adik Sookie, Jason; Rutina Wesley sebagai rakan karib Tara Thornton; Sam Trammell sebagai bos Sookie yang baik hati, Sam Merlotte; Carrie Preston sebagai Arlene Fowler, pelayan setempat dengan Sookie; dan Alexander Skarsgård sebagai puntianak Eric.

Musim pertama TRUE BLOOD mecapai kejayaan segera diantara penonton-penonton dan pengkritik-pengkritik, dan tayangan perdana musim kedua di Amerika Syarikat pada 14 Jun 2009 memperolehi rekod 3.7 juta orang penonton. Ini menjadikan TRUE BLOOD program yang paling banyak ditonton di rangkaian HBO sejak musim penghabisan siri The Sopranos. 

Musim kedua TRUE BLOOD akan bermula pada Sabtu 22 Ogos pada pukul 10 malam. Satu episod baru akan ke udara setiap Sabtu pada waktu yang sama, dan musim ini akan berakhir dengan dua episod  berturut-turut pada 31 Oktober.  Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com dan www.astro.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Krew Penggambaran Syahadah Musim 5

Resepi Siti Nurhaliza, Sheila Rusly, Website Kulinari Daisy Chef Liza