in , ,

Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID’ADHA2020

Hatta Dolmat Tassel Eid’adha2020 Melambangkan ‘Penyambungan Kehidupan Selepas Pandemik’. Rangkaian Koleksi Terbaru Daripada Hatta Dolmat Yang Mengetengahkan Sentuhan Klasik, Fabrik Ekslusif Dan Siluet Kemas

HATTA DOLMAT sekali lagi mempelopori inovasi penghasilan fesyen di dalam koleksi peribadi beliau dengan membawakan 2019 KLFW NOVEAU yang telah dinaik taraf dengan jenama baru yang diberi nama TASSEL EID’ADHA 2020. Suatu penghasilan yang dicetak di atas fabrik hasil lukisan dan sentuhan peribadi beliau sendiri, lalu diberikan elemen siluet kemas di dalam setiap rekaan bagi mengetengahkan corak gaya seorang wanita kontemporari yang sentiasa mencari gaya yang selesa namun masih kelihatan utuh dan gah di dalam persalinan klasik tradisional Melayu.

Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020

Koleksi kali ini membawa rangkaian pilihan yang minimalis namun bisa menambat hati penggemar fesyen dengan kepelbagaian warna yang ditawarkan. TASSEL EID’ADHA2020 membawakan konsep potongan klasik dan dikemaskan dengan fabrik yang berkualiti tinggi.

Pilihan fabrik Hatta Dolmat adalah lebih kepada fabrik yang tidak panas, selesa, berstruk- tur, anti-kedut dan kelihatan premium.

Dengan penggunaan teknologi terkini, setiap fabrik di dalam helaian rekaan beliau kali ini berstruktur kemas, mewah dan mesra mesin basuh. Keistimewaan ini mampu memberikan kepuasan maksima kepada setiap pemilik dan pe- makainya.

“Secara peribadi, saya sedar yang kita semua sebagai rakyat Malaysia begitu terkesan dengan musibah pandemik COVID-19 yang melanda baru baru ini.

Oleh itu, selepas kelong- garang PKP yang diberikan, saya berependapat bahawa kita semua perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan menyambung sisa baki kehidupan dengan nafas baru.

Disebabkan itu, saya mengangkat semula koleksi 2019 KLFW NOVEAU kepada TASSEL EID’ADHA tahun ini dengan melambangkan ‘penyambungan’ dengan warna warna baru yang lebih ceria, dan segar.

Semoga koleksi ini dapat melambangkan semangat baru bagi kita semua,”

– Hatta Dolmat

Koleksi kali ini menampilkan KEBAYA, KURUNG MODEN, KEBARUNG RIAU dan KAFTAN. Setiap helaian dan rekaan pakaian direka dengan potongan yang kemas dan dihasilkan menggunakan pilihan fabrik berkualiti tinggi bagi menjamin kekemasan dan keselesaan si pemakai.

Tassel Eid’Adha2020 akan mula dijual menerusi laman sesawang hattadolmat.sitebeat.site dan seluruh laman media sosial Hatta Dolmat bermula Julai 6, 2020 dengan harga tidak lebih daripada RM600. Hatta juga sedang rancak memilih 20 pengikut bertuah yang mengikuti beliau di laman media Youtube untuk memenangi Tassel Discount Card pada bulan ini!

Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020
Hatta Dolmat Lancar Koleksi TASSEL EID'ADHA2020

About Hatta Dolmat

Hatta Dolmat (HD) is a private company and the name of the fashion designer that survives in the fashion industry for decade. Established in 2005, Hatta Dolmat offers a variety of designs for the celebrities, socialites, VVIPs and the buyers according to the customized designs that they requested. Starting in 2014, Hatta Dolmat has produced gala events and reality competition that promotes the fashion and entertainment industry to the mass market, media and public. Striving to establish the name of the brand; Hatta Dolmat and the company throughout the industry; locally and hoped to be able to represent Malaysia in the international fashion platform.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Machines Menawarkan iPhone 11 Pro & Pro Max dengan Potongan RM500

Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung