in , ,

“Hati-Hati Bila Buat Bisnes,” – Awal Ashaari

Bukan senang nak buat bisnes. Nampak macam mudah. Zaman sekarang banyak yang ambil kesempatan. jadi, berhati-hati la ya.

Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang menang kes tuntutan saman bernilai lebih RM300,000 terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn Bhd, berharap usahawan tidak mengambil kesempatan ke atas artis atau mana-mana individu dalam projek kerjasama.

Scha Awal

Menang Kes Saman, Awal Ashaari Nasihat Rakan Artis Hati-Hati

Awal berkata, kemenangannya dalam kes itu menjadi peringatan kepada rakan artis yang merancang bekerjasama dengan mana-mana syarikat persendirian agar berhati-hati.

“Jika ada sesuatu yang musykil dalam perjanjian, jangan takut tampil ke hadapan memperjuangkan hak anda.

“Saya berharap jika ada kerjasama pada masa hadapan, ahli perniagaan akan bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan terhadap mana-mana pihak,”

– Awal Ashaari

Awal turut mengingatkan rakan artis atau pihak lain agar memahami isi kandungan dan terma perjanjian sebelum kerjasama dimeterai.

Terdahulu, Awal dan Scha Al-Yahya mendapat ganti rugi berjumlah RM345,305 selepas berjaya dalam tuntutan saman terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn Bhd berhubung pengedaran dan penjualan eksklusif minyak wangi mereka.

Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan syarikat pengedar itu membayar ganti rugi berkenaan selepas ia didapati melanggar perjanjian berhubung pengedaran minyak wangi jenama Bleu dan Maroon milik pasangan terbabit.

Hakim Shamsudin Abdullah memerintahkan D’Haja selaku defendan membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan saman pelanggaran kontrak yang difailkan Awal dan Scha yang bertindak sebagai plaintif.

Hakim membenarkan tuntutan saman berkenaan selepas mendapati D’Haja gagal melaksanakan tanggungjawabya kerana gagal memastikan 20,000 botol minyak wangi plaintif berada dalam keadaan baik untuk diniagakan.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha & Aidil Bersanding di Majlis Berinai, Masih Rahsiakan Tarikh Nikah?

Betul Ke BTS Bakal Muncul Dengan Kolaborasi Baru Bersama Gwen Stefani?