in ,

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu kesukaan Malaysia mengalami hari yang menyeronokkan di festival Brick-or-Treat

Hantu Kak Limah, hantu kesukaan Malaysia telah dilihat di LEGOLAND® Malaysia Resort hari ini bersama teman barunya, LEGO® Lord Vampyre semasa menyertai sambutan Halloween Brick-or-Treat yang seram tetapi penuh dengan keseronokan.

Hantu Kak Limah mengalami pengalaman yang menyeronokkan seperti melengkapkan aktiviti–aktiviti di Hut Activity Trail dan menunjukkan kreativitinya di Speed Building Challenges.

Hantu Kak Limah juga memakai pakaian Halloween terbaik dan bergaul dengan watak-watak LEGO® kesukaan semasa menyertai Monsters’ Parade dan Brick-Or-Treat Party Night.

Keseronokan tidak terhenti di situ sahaja bagi Hantu Kak Limah. Dia juga mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekitar taman tema seperti sesi melawat bangunan LEGO® bersama rakan-rakannya. Untuk pertama kalinya, dia juga berpeluang menaiki roller coaster realiti maya di The Great LEGO® Race VR Coaster.

Hantu Kak Limah telah menikmati pengalaman yang menakjubkan di LEGOLAND® Malaysia Resort. Sertai aktiviti-aktiviti menarik Brick-or-Treat daripada 1 – 31 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, sila layari https://www.legoland.com.my/planning-your-visit/special-events/halloween-brick-or-treat/

Highlights of Hantu Kak Limah’s trip to LEGOLAND®:

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Staf LEGOLAND® Malaysia Resort kelihatan teruja ketika Hantu Kak Limah tiba di taman tema mereka.

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu Kak Limah mempamerkan gerakan tariannya bersama LEGO® Lord Vampyre semasa Monsters’ Parade.

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu Kak Limah berkongsi sebiji labu dengan LEGO® Lord Vampyre.

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu Kak Limah mengambil swafoto dengan kawan-kawannya di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu Kak Limah mengambil bahagian dalam aktiviti Scream-o-Meter dan memberi jeritan terkuatnya.

Hantu Kak Limah Muncul di LEGOLAND® Malaysia Resort

Hantu Kak Limah memberikan “thumbs up” setelah mengalami pengalaman yang menyeronokkan di LEGOLAND®

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom & Google Kumpul 250 Siswa Bagi Latihan Pemasaran Digital

Tahniah! Zizan Razak Dilantik Jadi Duta Telefon Bimbit honor 8X