in ,

Hans Isaac Bakal Calon PKR Parlimen Ampang?

Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyerahkan kepada kepimpinan PKR dan masyarakat Ampang apabila namanya disebut-sebut akan bertanding sebagai calon parti itu di Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Hans yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, politik di negara ini memerlukan calon muka baharu sebagai ketua apabila dilihat didominasi ramai ahli politik yang lebih berusia. 

“Kita mempunyai individu lama yang sama dalam arena politik dan itulah sebab rakyat Malaysia tidak berminat dengan politik.

Kita memerlukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah tetapi ia adalah tanggungjawab kita untuk memilih dan membuat perubahan terbabit.

Saya faham rakyat kecewa, tetapi kita tidak boleh berputus asa dengan apa yang terjadi dan ia sememangnya hak kita untuk memilih jalan yang betul,”

– Hans Isaac

Biarpun namanya antara diketengahkan sebagai wakil rakyat di Ampang, namun menurut Hans, objektif utamanya kini adalah untuk memberikan fokus dalam membantu masyarakat di kawasan itu. 

“Pasukan saya dikenali ‘Kita Budak Ampang’ akan memberikan fokus kepada program sosial bagi membantu masyarakat dan menghargai segala sokongan serta bantuan yang dihulurkan.

“Menjalankan program ini sendiri kadang-kadang memberi sedikit tekanan, tetapi memberi satu kepuasan yang besar apabila kita melihat impak sokongan kecil kita terhadap keluarga atau individu.

Namun ada ketikanya, ia menjadi sukar kerana kita tidak dapat membantu semua orang pada satu masa, tapi kami cuba sebaiknya,”

– Hans Isaac

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kami Tiada Masalah Langsung,” – Nabil Ahmad & Azwan Ali Tidak Bergaduh

Neelofa Bakal Perkenalkan Aplikasi Untuk Umat Islam, TheNoor