in , ,

Eksklusif Bersama Hannah Delisha di Pelancaran HUAWEI nova 4

Pada jam 11 pagi ini, Budiey hadr di Pelancaran HUAWEI nova 4 yang berlangsung di Sunway Pyramid serentak dengan roadshow yang dianjurkan di sini ruang legar Blue Conourse.

Di sini, Budiey dapat saksikan ramai sekali pembeli sedang beratur untuk mendapatkan produk terbaharu ini. Kepada yang berminat untuk memiliki produk HUAWEI nova 4 ini, bolehlah datang ke roadshow yang dianjurkan kerana ada hadiah yang ditawarkan untuk korang miliki.

Hannah Delisha

Budiey sempat menemubual duta produk HUAWEI nova 4 iaitu Hannah Delisha yang turut hadir memeriahkan pelancaran produk terbaharu ini.

Setiap pembelian HUAWEI nova 4 akan menerima bluetooth headset percuma. Untuk 50 pelanggan pertama akan menerima edisi Valentine’s Day Huawei A2 Band.

EKSKLUSIF: Temubual Bersama Hannah Delisha di Pelancaran Huawei Nova 4

AMAZING nova SEARCH

Sempena dengan pelancaran ini, ada dua pertandingan dianjurkan iaitu AMAZING nova SEARCH dengan kerjasama radio Era, Hitz dan Gegar. Pertandingan mencari empat huruf NOVA ini memberi peluang untuk peserta memenangi hadiah menarik seperti HUAWEI nova 4 dan barangan yang lain. Sebanyak 8 buah telefon bimbit HUAWEI nova 4 akan diberikan kepada pemenang bertuah.

Sebanyak 51 buah unit HUAWEI nova 4 akan diberikan untuk 9 buah pusat membeli belah di seluruh Malaysia.

Huawei

The Exciting Balloon Drop

Sementara itu, pada jam 8.30 malam pula, acara The Exciting Balloon Drop di mana sebuah HUAWEI nova 4 akan diberikan kepada pemenang bertuah. Selain itu, ada barangan lain turut ditawarkan termasuklah vouchers membeli belah, powerbank, bluetooth headphone, speakers dan lain-lain lagi. Kesemua hadiah yang ditawarkan berjumlah RM150,000.

HUAWEI nova 4 dijual mulai 14 Februari 2019 di Malaysia dengan harga RM1899.00

ahun lepas, Huawei menampilkan model Nova 2i yang mengejutkan dunia dan Malaysia. Hebatnya sambutan memang tak dapat dibayangkan sekaligus membuka pasaran kepada telefon peringkat pertengahan yang mampu ditawarkan pada harga murah.

Jika Huawei Nova 2i pun sudah berbaloi-baloi memilikinya, apatah lagi model kedua daripada keluarga Nova iaitu Nova 2 lite.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad di Istana Budaya

Malam Gala MISTERI DILAILA Penuh Misteri & Plot Twist