in ,

Hanez Suraya Nafi Sedang Hangat Bercinta

Pelakon Hanez Suraya menjelaskan lelaki bersamanya di dalam gambar ketika bercuti di sebuah Pulau Tioman, Pahang adalah sebenarnya kawan lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.

Semasa hadir di Pertunjukan Fesyen Oriental Rhapsody di The Weld, Kuala Lumpur semalam, Hanez diminta mengulas tentang gambar mesranya dipeluk seorang lelaki yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Hanez Suraya

Menurut Hanez, hubungan mereka masih baru dan kedua-duanya dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

“Ya, buat masa ini dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Dia berusia dalam lingkungan 20-an dan juga masih bujang. dia juga tiada kena mengena dengan industri hiburan. Tapi, masih terlalu awal untuk mengatakan kami bercinta. Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan kami masih mengenali hati budi, kalau betul saya bercinta, saya akan beritahu secara umum di laman sosial.”

“Sebelum ini saya terlalu berkongsi perihal saya dengan umum. Kali ini bukan saya tidak mahu berkongsi, tapi saya baru sahaja dalam proses mengenalinya.”

Gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah program sukan di Pulau Tioman, Pahang. Hanez menjelaskan yang dia ke pulau tersebut untuk bekerja, bukannya untuk bercuti. Secara kebetulan, jejaka itu datang pada hari terakhir dia di pulau tersebut. Hanez bersama jejaka itu mengambil gambar bersama dan gambar itu telah tersebar di laman internet.

“Saya ada penggambaran program Sukan Ekstrem terbitan RTM di Pulau Tioman dan dia datang untuk berjumpa saya. Saya tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar kerana bukan saya yang muat naik di laman sosial, tapi saya percaya orang-orang terdekat yang turut sama berada di sana yang melakukannya.”

Hanez Suraya Bersama Lelaki

“Secara kebetulan dia datang ke sana. Saya ada mengambil gambar dengannya, namun saya tidak memuatnaik gambar tersebut di mana-mana laman sosial milik saya. Saya rasa mungkin ada di kalangan orang yang dekat dengan saya yang ‘terlepas’ gambar tersebut. Cuma apa yang saya boleh cakap, selagi perkara itu tidak memberi sebarang kesan kepada kerjaya saya, saya hanya ‘okay’ sahaja. Tapi saya akui, ianya sedikit menjejaskan saya kerana hubungan saya dengan Awi baru sahaja putus dan gambar itu pula tersebar.”

Sementara itu, bercakap tentang lelaki itu, Hanez berkata pemuda itu seorang yang menyenangkan, bertanggungjawab dan romantik.

“Bagi saya dia seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Mahu cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana hubungan ni masih baru lagi, saya takut bulan depan sudah tiada apa-apa. Saya tak tahu nak cakap apa, saya baru sahaja kenal dia. Saya selesa berkawan dengan dia. Saya nak klasifikasikan hubungan kami pun tidak tahu bagaimana kerana hubungan kami terlalu baru. Apa yang boleh saya cakap, dia seorang jejaka yang tahu tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Apabila hubungan kami berada di tahap yang serius, saya akan beritahu semua.”

Hanez menegaskan dia memerlukan masa untuk mengenali lelaki berkenaan dengan lebih mendalam sebelum menerimanya sebagai kekasih selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terputus.

Tak apa lah Hanez, asalkan Hanez bahagia.

Hanez Suraya

Hanez Suraya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ika Nabila Kesal Dengan Komen Negatif di Instagram

Snap A Photo And Win Contest