in ,

Hanez Suraya Nafi Rampas Suami Orang

Dalam program Melodi hari ini ada memaparkan tentang penafian pelakon jelita Hanez Suraya yang menjawab soalan berkenaan dengan kisah cintanya dengan jejaka Mr R yang masih berstatus suami orang. Sekaligus menolak beliau bukannya perampas kebahagiaan rumahtangga orang.

“Tidak semudah itu Hanez nak rampas hak orang. Mungkin di sini ada yang tak puas hati. Jika Hanez ganggu rumahtangga orang, kenapa tak serang Hanez awal-awal. Jangan bermain dengan api, jika salah langkah nanti, dia yang kena. Kalau ada bukti, tunjukkan.”

Kata-kata Hanez seolah-olah mencabar penyebar fitnah ini dan beliau seakan sentap dengan orang yang tak puas hati dengannya. Ketika ditanya, Hanez nafi dan kelihatan terkejut apabila didakwa merampas suami orang. Bagaimanapun, jawapan Hanez seolah-olah mengiyakan dakwaan itu dengan mencabar mereka supaya menunjukkan bukti yang sah dan betul.

“Iya ke suami orang, tak tahu, tak pernah tahu, sekiranya kalau dia suami orang, tak perlu dihebohkan, takut ada pihak yang tak puas hati. Hanez tak nak komen pasal ni, bila Hanez sudah bersedia, apa status dia, semua akan dikongsi dengan semua. Buat masa sekarang, beri Hanez peluang untuk selesaikan apa yang patut. Tiada istilah Hanez ganggu rumahtangga orang, kalau Hanez tahu dia berstatus suami orang dari awal lagi, Hanez pun tak nak.”

Sebelum ini, ada gossip yang tersebar mengatakan Hanez Suraya juga didakwa menghasut bakal suami itu menceraikan isterinya. Bagaimanapun, Hanez menafikan dan mendakwa dirinya difitnah. Dia mengakui bakal suaminya itu duda anak dua.

Benarkah dakwaan ini. Nantikan laporan seterusnya.

Hanez Suraya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lancar Empat Penerbangan Sulung

SEJOLI Merungkai Modus Operandi Untuk Caras Cinta