in , ,

Hampir Setahun Menyepi, Ara Johari Kembali Dengan Single Berjudul TETAP AKU CINTA

Hampir Setahun Menyepi, Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 Kembali Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘Tetap Aku Cinta’

Heboh diperkatakan satu Malaysia apabila penyanyi wanita terkenal tanah air, Ara Johari, membawa diri kerana merajuk dan tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. 

“Ara tak bawa diri pun, ini semua salah faham, Ara masih lagi aktif menyanyi, kalau tak percaya boleh periksa di akaun Instagram rasmi Ara, cuma mengambil masa lebih sedikit bagi mengumpulkan material yang terbaik untuk single Tetap Aku Cinta, dan pada masa yang sama sibuk menguruskan perniagaan makanan.

“Single terbaru ini merupakan comeback buat Ara dan hadiah untuk semua peminat yang merindukan buah tangan terbaru daripada Ara,” katanya.

ARA JOHARI

Tetap Aku Cinta adalah sebuah karya bergenre balada rock moden yang dicipta oleh komposer dan penulis lirik, Amy Bong dan Furhan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

“Ia mengisahkan tentang cinta sejati terhadap seseorang yang disayangi dan sanggup menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama sehingga ke akhirnya,” jelasnya lagi.

Menurut Ketua Label Rocketfuel EntertainmentEn. Feros Sayna“Hampir setahun Ara tidak muncul dengan mana-mana single, kini masa yang sesuai untuk Tetap Aku Cinta dilancarkan,  semoga single ini bakal menjadi hit dan mendapat sambutan penggemar muzik.

Naib Juara AJL Ke-32 ini turut menambah, “Ara harap semoga Tetap Aku Cinta dapat diterima baik oleh semua, serta berjaya menarik minat pendengar di luar sana, dan semoga banyak perkara positif yang datang daripada Lagu ini.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elizabeth Tan Ucap Selamat Tinggal Buat Warner Music Malaysia

RTM Terus Tayang Siri Korea dan Kali Ini Siri Melodrama Romantik MASK