in , ,

Hampir Seminggu Dibebaskan, Da’i Syed Aktif Kembali di IG, Pengikut Luah Rasa Rindu

Selepas hampir seminggu dibebaskan daripada tahanan reman susulan beberapa dakwaan salah laku seksual, pendakwah muda, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 25 dilihat mulai kembali aktif di media sosial.

Sebentar tadi, bekas peserta program Da’i Pendakwah Nusantara itu telah memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang berada di dalam lokap tahanan di lokap Shah Alam dan Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Da’i Syed juga sudah bertemu dengan rakan-rakannya apabila penyanyi, Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial.

Hampir Seminggu Dibebaskan, Da’i Syed Aktif Kembali di IG, Pengikut Luah Rasa Rindu

Menerusi perkongsian Ryan, dapat dilihat Da’i Syed kelihatan ceria dan sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab sebagai cara menyapa para peminat di video yang dimuat naik rakannya itu.

Susulan perkongsian tersebut, ramai warganet menzahirkan rasa kerinduan mereka kepada pemuda berusia 25 tahun terbabit dan tidak sabar menanti kemunculan Da’i Syed selepas episod hitam tersebut.

Rata-rata mereka meminta Ryan Deedat menyampaikan salam mereka kepada pendakwah itu dan berharap agar dia tabah menerima segala dugaan yang mendatang.

Hampir Seminggu Dibebaskan, Da’i Syed Aktif Kembali di IG, Pengikut Luah Rasa Rindu
Hampir Seminggu Dibebaskan, Da’i Syed Aktif Kembali di IG, Pengikut Luah Rasa Rindu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu ‘Sandra’ Ubati Kerinduan Peminat Allahyarham Sandra Dianne

Gali Semula Mayat Maradona Untuk Dipamerkan Bersama Trofi Yang Dimenanginya