in ,

“Halal Depan Mata, Buat Apa Cari Haram?” – Abam Bocey

PELAWAK popular Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey menentang keras perbuatan lelaki berstatus suami orang gemar ‘makan luar’ atau mencari wanita lain untuk melakukan hubungan seks. Abam berkata, walaupun ia haram di sisi agama tetapi sewenang-wenangnya dilakukan oleh segelintir suami.

Halal depan Mata, buat apa cari haram?

Menurutnya, dia juga mengakui perbuatan haram itu pasti dapat dielakkan jika pihak satu lagi tidak melayannya.

“Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kadang-kadang ada wanita yang sunyi dan dahagakan kasih sayang lelaki berstatus suami kerana golongan ini selalunya pandai melayan mereka.

“Namun, jika suami orang itu tidak melayan ia tidak akan jadi. Selalunya benda ini terjadi kerana mereka sudah terbiasa,”

– Abam Bocey

Abam juga berpesan kepada lelaki yang sudah berkahwin tetapi masih mengamalkan ‘makan luar’ untuk melihat semula niat asal berkahwin.

“Kita berkahwin adalah untuk menghalalkan tapi kenapa perlu cari yang haram? Jika sudah ada yang halal depan mata, layanilah isteri dengan baik dan puaskan dengan kasih sayang.

“Jangan sesekali kita mengasari, menzalimi atau melakukan perbuatan di luar fitrah manusia,”

– Abam Bocey
Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Chong Wei To Grace Madame Tussauds Hong Kong As The First Malaysian Athlete

Yang Anda Perlu Tahu Tentang MR MUFE – MY LEPAK BUDDY