in ,

Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020

Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun bengang dan geram apabila fotonya disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tidak mahu orang ramai salah faham dan namanya tercemar, Hafiz berkongsi hal berkenaan dalam akaun Instagramnya. Menurut Hafiz, pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan fotonya untuk menipu orang ramai. Hafiz Hamidun meminta orang ramai supaya tidak tertipu dengan iklan palsu sebuah syarikat pelaburan yang menyalahgunakan gambarnya sebagai promosi untuk memperdaya orang ramai.

Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020

Hafiz mendapat maklumat mengenai penyalahgunaan gambarnya itu daripada pengikutnya di Instagram.

“Saya dimaklumkan oleh beberapa pengikut di Instagram mengenai penyalahgunaan gambar saya oleh satu syarikat pelaburan yang tidak bertanggungjawab. Jadi, saya menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan iklan palsu sebegini,”

– Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020

Hafiz kecewa dengan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan fotonya untuk menipu orang ramai.

 “Fake! Apa bendalah IQ Forex 2020 ni? Nak scam (menipu) orang pun agak-agaklah ya. 

“Pakailah gambar sendiri, ni pakai sebat je gambar raya aku. 

“Sampai ada yang bertanya betul ke income dapat sampai ratus ribu macam tu. Jangan percaya ni semua palsu,” tulisnya.

Selain itu juga, Hafiz menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan tipu helah tersebut. 

Tidak mahu apa-apa buruk yang terjadi, menurut Hafiz dia akan membuat laporan polis dan adukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ini adalah perkara serius kerana membabitkan gambar dan identiti saya serta kepercayaan orang ramai,” 

– Hafiz Hamidun

Menerusi Instagram, Hafiz turut berpesan supaya syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan perlu bersikap jujur.

Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020

“Nak berniaga, biarlah jujur. Buat apa tipu-tipu. Orang suruh berniaga elok-elok, kau pakai sebat (guna) gambar orang nak lariskan perniagaan,”

“Korang pun janganlah terpedaya dengan iklan-iklan forex yang tipu macam ni. 

“Hah, lepas tu nanti jangan salahkan aku pula kalau dah kena tipu… 

– Hafiz Hamidun

please… saya tengah siap nak buat report @pdrmsia_official dan juga nak adukan pada @skmm_mcmc.

Nak berniaga biarlah jujur. Buat apa tipu-tipu. Orang suruh berniaga elok-elok, kau pakai sebat je gambar orang nak lariskan perniagaan,” katanya.

– Hafiz Hamidun

Perkongsian Hafiz itu mendapat respons daripada pengikutnya dalam Instagramnya. 

Menurut salah seorang netizen, dia menyarankan supaya Hafiz menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Saman je terus orang macam tu Hafiz,” tulis salah seorang netizen.

Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020

Lebih membuatkan Hafiz marah, pihak tersebut kononnya menggunakan undang-undang Islam (syariah) untuk menarik perhatian orang ramai khususnya penganut Islam.

Bagi yang tidak tahu apa itu forex, ia adalah salah satu daripada pasaran kewangan terbesar di dunia untuk perdagangan pelbagai mata wang antarabangsa.

Forex bermakna foreign exchange atau bursa perdagangan mata wang.

Namun masalahnya, ia sering digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’ untuk menipu orang ramai

Jadi, berhati-hati dan jangan mudah tertipu! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Agong Mula Dedah Kronologi pelantikan PM ke-8

Maxis Melancarkan Filem Audio 8D Pertama di Malaysia